Selasa, 27 April 2010

DA'WAH.

Da'wah ialah panggilan kejalan Allah,didalam firman nya:
1.Katakanlah; "Inilah jalan(agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, mengajak(kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata".(Surah Yusuf 108).
Dan yang dimaksudkan dengan ajakan kejalan Allah ialah kejalan agama Islam, agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad  SAW. Allah berfirman: 


2."Sesungguhnya agama( yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam".(Surah Ali Imran 19)
Kerana itu, Islam adalah merupakan 'Objek' da'wah dan Rasul sendiri merupakan unsur pertama da'wah. Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan Islam semenjak beliau diangkat menjadi Rasul sampai akhir hayat beliau,beliau diutus adalah untuk berda'wah.Allah berfirman;


3."Hai Nabi ! Kami mengutuskan engkau sebagai saksi atas ummat dan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut. Dan untuk menyeru manusia kepada agama Allah dengan izinnya, serta menjadi pelita yang menerangi".(Surah Al-Ahzab 45-46 ).
Nabi sebagai Juru Da'wah (Da'i)  yang pertama,yang memanggil ummat manusia kejalan agama Islam dan dengan demikian Rasul sebagai unsur  Da'wah yang kedua.
     Ummat manusia yang dipanggil (diajak ) kejalan Allah, baik orang Arab dan yang bukan Arab, kerana missinya /matlamat nya bersifat Universil (Alamiah ) dan beliau diutus kepada ummat manusia seluruhnya.
Allah berfirman;


4."Dan tidaklah kami mengutuskan engkau melainkan untuk membawa berita khabar gembira dan peringatan kepada seluruh ummat manusia". (Surah Saba' 28 ).
Manusia yang dipanggil dan yang diajak kedalam Islam merupakan unsur yang Ketiga.
     Rasulullah saw menyampaikan da'wahnya menurut metodik dan melalui media yang telah di Wahyukan,seperti apa yang tercantum dalam Al-Qur'an dan Sunnah.Maka metodik dan media serta segala yang berhubung dengan metodik dan media adalah merupakan unsur Da'wah yang keEmpat.


Kesimpulannya,Da'wah itu mempunyai unsur; 'Objek Da'wah' ,'Juru Da'wah','Penerima Da'wah'(Mad'u), 'metodik'(uslub ) dan 'Media' (Wasilah).

1 ulasan:

  1. Salam ziarah. Dapatkan buku2 Islami di http://pustakaiman.blogspot.com/

    BalasPadam