Sabtu, 10 April 2010

Lima Jenis Jihad

      5jenis jihad yang barang siapa dapat melaksanakannya bermakna dia dapat malaksanakan sifat akhlak asasi yang ke5 dan dengan itudia termasuk didalam HIZBU'LLAH. Sesunggohnya ALLah 'AZza WaJalla telah menjadikan Hizbu'llah sebagai Pengawas dan Wasi kepada manusia.ALLah memberikan kepadanya kuasa membuat beberapa kebaikan serta diberikan Hak menundukkan dunia dibawah kekuasaan
Hizbu'llah.
     Walau bagaimanapun, Hizbu'llah ini tidak boleh melakukan perkara itu:: KECUALI:: ia melaksanakan 5 sifat berikut :
  1. Anggota2nya hanya memberi WALA' kepada ALLah,Rasul dan Orang2 Mu'min sahaja;
  2. Anggota2nya CINTA kepada ALLah dengan sepenuh hati dan mereka BEKERJA kerana ALLah dan ALLah juga mencintai mereka ;
  3. Mereka bersifat RENDAH DIRI sesama Orang Mu'min;
  4. Mereka bersifat KERAS dan MENUNJUKKAN KEMULIAAN keatas Orang Kafir;
  5. Mereka BERJIHAD dengan Lisan ,Diri dan Harta pada jalan ALLah. Mereka TIDAK TAKUT pada celaan orang.
     Dengan memenuhi sifat ini ,maka Hizbu'llah itu berhak  memperolehi Kejayaan dan Kemenangan di dunia dan ahkirat seperti yang dijanjikan .Sahabat2 Rasulullah SAW telah diberikan kemenangan demi kemenangan
oleh ALLah (kerana mereka memenuhi sifat2 tersebut ). Kalaulah Hizbu'llah wujud semula maka ALLah juga menjanjikan kemenangan baginya.

Dua Cadangan:               
1.   Dalam usaha mentarbiyyahkan Orang2 Islam dengan 5 sifat ini maka dicadangkan supaya mereka mempelajari Kitab JUNDULLAH :Thaqafatan Wa Akhlaqan karangan Al-Syeikh Sa'id Hawwa dengan sunggoh2 ketika mejalani sesuatu kursus
2.   Setelah selesai  menjalani kursus tarbiyyah yang tinggi ini maka hendaklah pula diadakan Mu'tamar pada setiap bulan atau setiap 40 hari atau setiap Minggu dengan Progarm yang merangkumi:
  •  Kerja2 Jihad Lisan
  •  Kerja2 Jihad Ta'alim
  •  Kerja2 Jihad Tangan
  •  Kerja2 Jihad Siyasi
  •  Derma untuk Jihad Harta. 
     Kalau masa mempelajari perkara2 ini sudah selesai maka hendaklah direncanakan pula program masa hadapan .
Kesimpulan:           
      Kelima2 sifat asas ini bagi Hizbu'llah ini menghimpunkan 2 perkara iaitu ;1. Pengabdian kepada ALLah dan 2. Kekuatan Waja .
      Tulisan ini adalah untuk menghasilkan generasi yang dapat melaksanakan ke dua2 perkara ini sebab itulah sahaja satu2nya generasi yang dapat menyelesaikan masalah ummat Islam Khususnya masalah Penegakkan Kerajaan Yahudi di Palestine .
      ALLah Berfirman;(dalam Surah Al-Isra':Ayat 4-8 )
       "Dan  telah kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu; "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan)pertama dari kedua(kejahatan) itu, kami datangkan kepadamu hamba-hamba kami yang mempunyai kekuatan yang besar lalu mereka bermaharajalela di kampong2 dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana .Kemudian kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak2 dan kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar .Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman(kejahatan)yang kedua, (Kami datangkan orang2 lain) untuk menyuramkan muka2 kamu dan mereka masuk ke dalam masjid sebagaimana musuh2mu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan  sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan RahmatNya kepadamu, dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan Neraka Jahanam penjara bagi orang2 yang tidak beriman."               (Surah Al-Isra':Ayat 4-8 )
      Kalau kamu kembali sombong,bongkak,melakukan kerosakan dan menguasai Baitu'l Maqdis serta Masjidil Aqsa,Maka kami menghantar hamba2 kami yang gagah perkasa menentang kamu.Sesiapa yang memerhatikan ayat ke lapan daripada Surah Al-Isra';
                Yang bermaksud;
        "Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan Rahmatnya kapadamu; Dan sekiranya kamu kembali kepada( kedurhakaan ) nescaya kami kembali (mengazabmu ) dan kami jadikan Neraka Jahanam penjara bagi orang2 yang tidak beriman."
       Sudah tentu kita dapat memahami ayat ini dengan fahaman yang lain daripada tafsiran yang pernah dibuat oleh ahli2 tafsir dahulu. Ahli2 tafsir dahulu tidak mengetahui kenyataan yang sedang berlaku dihadapan kita  sekarang iaitu kenyataan mengenai kesombongan ,kerosakan dan cengkaman Bani Israel terhadap Baitul Maqdis .Oleh kerana mereka tidak mengetahui kenyataan ini maka mereka mentafsir ayat2 ini sebagai telah berlaku pada zaman dahulu. Tetapi dengan melihat kembali ayat ini kita dapat melihat perkara2 berikut :::..
  1. Ayat2 ini menunjukkan kepada sikap kesombongan yang disusuli dengan melakukan kerosakan.Pada zaman dahulu dua sifat ini tidak terhimpun pada Bani Israel.Mereka sombong ketika mereka diperintah oleh Rasul-Rasul mereka.Jadi, pada ketika itu kedapatan sombong dan berkebajikan.Tetapi dalam zaman kita ini sifat sombong mereka disusuli dengan kerosakan dan ini dapat dilihat dalam protokol2nya yang dicipta oleh cendikawan mereka.
  2. Ayat2 di atas mengisyaratkan kepada peribadatan kepada Allah dan masjid.Jadi, lebih baik kita memahaminya sebagai ibadah kas yang ada hubungan dengan masjid.Ini tidak berlaku kepada orang2 Parsi penyembah berhala yang telah beberapa kali menguasai orang2 Yahudi.
  3. Ayat2 itu mengisyaratkan bahwa orang2 yahudi merupakan golongan yang banyak menggugat (berperang).Golongan Yahudi tidaklah menggugat sebanyak orang2 Parsi tetapi pada masa kini mereka mampu menggugat seluruh bangsa di dunia.
  4. Ayat2 itu mengisyaratkan bantuan anak2 dan harta kepada orang2 Yahudi sedangkan orang2 yahudi sekarang memiliki harta yang banyak yang tidak dimiliki oleh orang lain.
        Kesemua ini membawa kita untuk membuat kesimpulan bahawa ayat2 ini adalah Nubu'ah -Qura'aniyyah yang maknanya banyak menepati zaman kita sekarang.Orang yang dapat menghalau orang2 Yahudi kali ini ialah orang yang mempunyai sifat Ubudiah lillah dan kekuatan wajar (Waabissa Al-Syadid) yang terdiri daripada orang2 Islam.Orang2 Islam pula tidak akan memiliki keupayaan ini Kecuali setelah mereka membersihkan bumi Islam ,mereka bersatu menegakkan kerajaan Islam dan mengumpulkan kekuatan sehingga membolehkan mereka  menentang kerajaan Yahudi itu.Penentangan ini tidaklah boleh dilakukan melalui komunisme dan tidak boleh melalui fahaman kebangsaan atau sebagainya kerana komunisme tidak bersetuju untuk menghapuskan yahudi manakala fahaman kebangsaan tidak dapat menyelesaikan persoalan ini.Penyelesaian ini hanya satu iaitu dengan kekuatan seluruh orang2 Islam.Oleh sebab persoalan ini ialah persoalan zaman kita dan cara penyelesaiannya ialah melalui pembentukan generasi kita dari sudut tarbiyah dan akhlak,Maka kita menyebutnya disini. Lagipun,ia merupakan sebahagian daripada amal anggota Hisbullah.Kita berdoa kepada Allah agar menerima, meredhai,mengampun,memberi bantuan,taufik,menjadikan kita ahli syurga dan menjauhkan kita daripada api neraka dengan kelebihan dan kemuliaanNya.Amin::....
      
                                                                                                30hb,Ramadhan,1405 Hijriyah
                                                                                                 19hb. Jun 1985 Masihi.
                                                         (Penterjemah:Al-Ustadh Mohd.Akhir Hj.Yaacob,UKM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan