Khamis, 8 April 2010

RINTIHAN SYEIKH YASSIN.

     Petikan sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yassin Selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003:

          "Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab,Sudah sampai kemana tahap ini?
     "Sesungguhnya aku,seorang tua yang lemah,tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan
tanganku yang sudah mati(lumpuh).Aku bukan penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(yang pelahan ini)

     "Aku tidak mampu untuk kemana2 tempat memenuhi hajatku jika mereka mengerakkan(kerusi roda)ku.
     "Aku,yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia.Aku,yang diserang pelbagai penyakit dan
ditimpan bermacam2 penderitaan.
     "Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa keatasku turut menimpa bangsa Arab
hingga menjadi mereka begitu lemah.Adakah kalian semuanya begitu wahai bangsa Arab,kalian diam membisu dan lemah,ataukah kalian semua telah mati binasa.
     "Adakah kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum
pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah...Tiada satu kaum pun(dkalangan kalian)yang bangkit
menentang musuh2 Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami
daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas...
(Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh2)yang telah berjanjisetia untuk menghancurkan dan
menghukum kami.
     "Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan.Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu AntaraBangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesatkan airmata kami dan meringankan bebanan kami.
     "Adakah pertubuhan2 umat ini,pasukan tenteranya,parti2nya,badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah
kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan,"Ya Allah,
perkuatkanlah saudara2kami yang sedang dipatah2kan,kasihanlah saudara2kami yang lemah ditindas dan
bantulah hamba2yang beriman!
     "Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami?Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh,bukan mati membelakang(dalam keadaaan melarikan diri)dan akan mati bersama2kami,anak2kami,wanita2,orang2tua dan pemuda2.
     "Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan!Janganlah kalian  menantihingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah).Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.
     "Jika kalian mahu,marilah bersama-sama kami sedaya mungkin.Tugas membela kami terpikul di bahu kalian.Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
    "Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami.Demi Allah,jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimipin umat ini,wahai bangsa umat ini."
     "Ya Allah,kami mengadu kepadaMu....kami mengadu kepadaMu......Kami mengadu kepadaMu....Kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami.Demikianlah kami di hadapan manusia.Engkaulah Tuhan kepada orang-orang lemah.Dan engkaulah Tuhan kami.Kepada siapa engkau tinggalkan kami.Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami.Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?
    "Ya Allah,Kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah,maruah yang ternoda,kehormatan yang diperkosa,kanak-kanak yang diyatimkan,wanita-wanita yang dijandakan,ibu-ibu yang kehilangan anak,rumah-rumah yang diruntuhkan,tanaman-tanaman yang dirosakkan.
      "Ya Allah,Kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan(umat) kami,berpecahnya perpaduan kami berbagai-bagai jalan kami,terbelakangnya kami.
       "Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami,betapa tidak bermayanya umat disekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami......"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan