Jumaat, 9 April 2010

AS-SYAHID AZZAM MENGHIDUPKAN FIKRAH JIHAD

     Sebaik Daulah Islamiyyah berjaya didirikan dikota Madinah Al-Munawwarah, Umat Islam diperintahkan oleh Allah SWT supaya bersiapsedia dengan segala bentuk kekuatan untuk berhadapan dengan musuh2 Allah
yang sentiasa merancang untuk mengganggu ketenteraman umat Islam dan berusaha untuk menghapuskan terus
kewujudan umat Islam.Allah SWT berfirman:
    "Dan bersiap sedialah kamu untuk menentang mereka(musuh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan lengkap sedia untuk mengerunkan dengannya akan musuh2 yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya,sedang Allah ta'ala mengetahuinya."(Surah Anfal ayat60)

     Baru dua tahun terdirinya Daulah Islamiyyah di Madinah,tentera2 Musyrikin Mekah telah pun di hantar untuk menyerang negara dan umat Islam disana.
    Dengan dipimpin oleh baginda Rasulullah SAW,umat Islam bangkit diatas nama jihad untuk turun ke medan perang,dan bertarung dengan musuh2Allah dari kalangan musyrikin Quraisy.Peperangan yang pertama berlaku dalam sejarah Islam itu,telahpun menunjukkan kekalahan dipihak musuh yang mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda dari umat Islam.

    Tidak ada kekuatan yang dimiliki oleh tentera2Islam,melainkan keImanan mereka yang mendorong mereka turun ke medan perang diatas nama jihad.Perjuangan mereka tidak kerana bangsa atau puak,tetapi kerana ISLAM.

     Peperangan demi peperangan berlaku seterusnya dan kemenangan sentiasa berpihak kepada golongan yang mengangkat bendera Jihad.Al-Ahzab(Khandak),Khaibar,Hunain,Yarmuk,Qadisyiah dan yang lain2lagi ,
semuanya telah memberi kemenangan yang gilang-gemilang kepada umat Islam yang telah berjaya menundukkan kuasa2 kuffar.

     Tetapi apabila umat Islam meninggalkan Jihad dan berpecah-belah antara mereka,kuasa2kuffar sedikit demi sedikit telah berjaya menguasai mereka dan negara mereka.Lantaran meninggalkan jihadlah yang menyebabkan tumbangnya Khalifah Abbassiyah di Baghdad di tangan Tartar dalam tahun 665H dan di sebabkan dasar Abassiyah(Nasionalism) dan meninggalkan jihadlah juga menyebabkan kuasa2 Kuffar berjaya melenyapkan sistem pemerintahan Islam dan tumbangnya Khalifah Islamiyyah yang terakhir, Daulah Othmaniah di Turkey dalam tahun 1924M.

     Negara umat Islam kemudiannya difara'id satu demi satu.Pakistan dan India diberikan kepada Inggeris.Mesir juga dijajah Inggeris.Libya diambil oleh Itali.Magribi(Marocco) diambil oleh Perancis.Bahkan semua negara umat Islam dijajah melainkan Afghanistan dan Arab Saudi.

     Dizaman penjajahan,umat Islam terus hanyut, dilupakan dan melupakan kalimah "jihad".Pelbagai cara dilakukan oleh penjajah untuk menjauhkan umat Islam dari memahami kalimah ini.As-Syeikh Saib Al-Butti, (fiqh Sirah) telah pun menjelaskan bagaimana para orientalis Barat 'bermain' dengan kalimah Jihad sehingga umat Islam sendiri merosakkan maksud sebenar perkataan ini.

     Mereka sengaja mengembar-gemburkan bahawa Islam ini bangkit dengan 'Pedang',Islam adalah ugama yang menyeru pengikutnya atau penganutnya supaya menyerang orang lain dan melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah.Umat Islam pula digambarkan sebagai pengganas,pelampau,fundalmentalis, dan golongan yang sangat menggerunkan.Tidak mempunyai sikap rasional didalam menghadapi sesuatu permasalahan dan berbagai2 tuduhan lagi.

     Melihatkan tuduhan yang begitu menyakitkan telinga sebahagian umat Islam bangkit untuk menafikan.Mereka menjawab:"Agama kami tidak pernah menganjurkan umatnya daripada melakukan keganasan,pertumpahan darah dan menyerang orang lain.Agama kami mengalakkan berlemah lembut,berdakwah dengan baik dan tidak belaku kasar dengan pihak musuh.Dipukul pipi kanan,dihulurkan pula pipi kiri.Jihad tidak diperintah didalam agama kami melainkan mempertahankan diri, dan bermacam2 lagi yang menunjukkan 'Islam itu lembut'.

     Dipihak orientalis pula,mereka terus melakukan serangan serta tuduhan seperti yang dinyatakan di atas.Mereka sebenarnya tidak bertujuan untuk menuduh islam seperti itu,tetapi mereka mempunyai niat dan tujuan yang jahat; supaya umat-umat islam menjawab tuduhan-tuduhan itu dengan jawapan yang akan menjauhkan mereka dari jihad.

    Umat islam yang sejati akan tetap mempertahankan bahawa Islam itu 'lembut',telah terperangkap dengan hujahnya sendiri dan akhirnya menolak hakikat bahawa jihad itu berlaku dengan 'pedang'.

    Sehingga hari ini umat Islam telah membuat berbagai-bagai tafsiran mengenai jihad seperti jihad melawan hawa nafsu,jihad membasmi kemiskinan,jihad mencari nafkah keluarga dan lain-lain lagi.Akhirnya semua perkara diistilahkan sebagai jihad dengan melupakan pokok jihad yang sebenarnya.Lebih dari itu,pemimpin sekular umat islam juga menggunakan kalimah' jihad' dalam melaksanakan program anjuran mereka hingga akhirnya ada orang yang menganjurkan maksiat juga digelar sebagai mujahid.

    Umat islam juga telah melupakan Surah At Taubah dan Al Anfal yang khusus membicarakan soal jihad.Begitu juga dengan ayat-ayat jihad dari surah-surah yang lain.Kalaupun mereka membaca ayat-ayat tersebut,mereka akan membuat tafsiran ajaib dan cuba menta'wilkan ayat-ayat Allah,walaupun ianya merupakan ayat-ayat muhkam dan jelas maksud pengertian dan kehendaknya.Umpamanya dalam firman Allah;
          "Dan perangilah orang-orang musyrikin itu semuanya sepertimana mereka memerangi kamu sepenuhnya....."
                                                                                                                (Surah At Taubah;36)
      Perkataan di dalam bahasa Arab secara jelasnya memberi makna "perangilah".Dan apa yang dikehendaki oleh ayat ini ialah,supaya umat Islam memerangi golongan musyrik.Tetapi masih ada dikalangan umat Islam mentafsirkan dengan "memerangai hawa nafsu".

      Sungguh menghairankan.Golongan kuffar membunuh umat Islam setiap hari di  Bosnia,Palestin,kashmir,tajikistan dan lain-lain lagi.Tetapi Umat Islam  masih belum melakukan apa-apa lagi tindakan dan mereka cuba pula menyembunyikan kewajipan jihad yang difardhukan di dalam Islam.

     Musuh menggunakan api dan besi,tetapi umat Islam menggunakan pancutan air.Orientalis Barat juga didapati cuba menganjurkan mazhab baru dan jamaah-jamaah kerohanian  yang akan menyeru umat Islam supaya mementingkan penyucian diri dan menjauhi jihad.Ajaran-ajaran Qadiyaniyah,bahiyah dan baya'iyah sememangnya merupakan ajran-ajaran yang sengaja diwujudkan oleh orientalis untuk melupakan  umat Islam kepada jihad.Mirza Ghulam Ahmad,pengasas ajaran qadiyani pernah berkata;
       "bermula dari hari ini,aku membuang hukum juhad dan pedang.Tiada jihad lagi pada hari ini.Oleh itu barang siapa mengangkat senjata bagi memerangi golongan kuffar bererti dia telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan amalan Nabi."

        Ada juga jemaah-jemaah dakwah yang menyeru kepada amalan-amalan sunat cuba mengetepi soal politik dan jihad serta bagaimana hendak menghadapi musuh-musuh Islam.Dengan itu wujudlah golongan yang menangis apabila melihat gambar tentera yahudi yang dibunuh oleh mujahiddi hamas sambil berkata;"Aduhai...apalah malangnya nasibku.Aku tidak sempat hendak menyeru yahudi itu kepada Islam.Apalah yang akan aku jawab dihadapan tuhan nanti..."

      Pernah berlaku,di suatu ketika,beberapa orang arab dari kumpulan tersebut pergi ke Afganistan untuk berdakwah menjadi mujahiddin-mujahiddin Arab yang sedang berhadapan dengan musuh-musuh Allah di medan jihad.Sesampainya di sana ,salah seorang daripada mereka memperkrenalkan  diri dan seterusnya menyampaikan 'bayan' kepada para mujahiddin.Antara lain katanya....
      ".......Marilah kita sama-sama memperkukuhkan keimanan kepada Allah terlebih dahulu. Tanpa keimanan yang kukuh,tuan-tuan tidak akan mampu untuk berhadapan dengan komunis.Marilah kita menuju kepada jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu...."
           Sedang dia berkata-kata,tiba2 bangkit seorang Mujahid Arab dan berkata:
      "Saudara....,kami sekarang sedang berhadapan dengan musuh2 Allah.Kalau saudara sudah memiliki iman yang kukuh,marilah kita bersama2 dengan menunaikan tugas jihad yang suci ini.Dibelakang sana musuh2 Allah dari puak Kumunis.Jika kami tidak mempunyai Iman maka sudah pasti kami tidak berada di sini...Adakah kami telah berjaya melawan hawa nafsu yang ingin kami duduk bersenang2 bersama anak dan isteri kami, lalu kami datang ke pergunungan yang kontang ini semata2 untuk berjihad kejalan Allah,tiba2 saudara mengajak kami supaya pulang 'mencari iman' dengan meninggalkan Jihad...."

      Demikianlah berjayanya perancangan dan racun yang ditaburkan oleh golongan orientalis sehingga umat menjadi keliru tentang pengertian Jihad yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan