Rabu, 7 April 2010

Kemuliaan Syuhada'.

Bismillahirrahmanirrahim,Anugerah SYAHID adalah satu kemuliaan bagi mereka yang terbunuh dalam menperjuangkan Islam.
Firman Allah SWT:Surah Al-Baqarah Ayat154;
"Janganlah kamu kata kepada orang yang terbunuh pada jalanAllah itu mati,bahkan mereka itu hidup,akan tetapi kamu tidak menyedarinya.''
Pada Firman Allah SWT:Surah Ali 'Imran Ayat169-171;
"Janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang terbunuh pada jalanAllah itu mati,bahkan
sebenarnya mereka itu hidup dengan mendapat rezeki disisi Tuhan."
"Mereka bergembira dengan kurniaan yang diberikan Allah kepada mereka dan mereka
bergembira terhadap orang-orang(Pejuang-Pejuang)yang masih hidup bahawa tiada ketakutan keatas mereka dan mereka tidak bersedih hati."
"Mereka bergembira dengan nikmat dan kelebihan kurniaan Allah dan sesungguhnya Allah
tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman."
Sabda Rasulullah SAW,Hadith yang diriwayatkan Oleh Al-Imam Bukhari:
"Seorang yang mati syahid diberi enam perkara yang pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya;
  1. Diampunkan semua kesalahannya
  2. Diperlihatkan tempatnya di dalam syurga
  3. Dikahwinkan dengan bidadari
  4. Diamankan dari kesusahan kedahsyatan yang besar(pada hari kiamat)
  5. Diselamatkan dari seksa kubur
  6. Dihiasi dengan pakaian keimanan."
Di dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ahmad,Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Orang yang mati syahid dapat memberikan syafaat kepada 70 orang anggota keluarganya."

Di dalam riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah,Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Apa yang dirasakan oleh seorang yang mati syahid ketika dibunuh adalah seperti yang dirasai seseorang dari cubitan(gigitan serangga)."

Di dalam hadith yang lain,Al-Hakim dan Ahmad meriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud;
"Para syuhada' di lembah(tepi) sungai dekat pintu syurga dalam(mahligai) berkubah berwarna hijau.Rezeki mereka datang dari syurga setiap pagi dan petang."

(Kenangan buat Abg Ta(TydpPASKK )dan Para-Para Syuhada,AlFatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan