Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
ISLAM adalah cara hidup serba sempurna yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sejak 14 abad yang lalu. Tidak ada keterangan daripada baginda yang menghalang seseorang Muslim itu mendalami apa sahaja bidang ilmu selagi ia boleh dimanfaatkan kepada diri sendiri dan orang ramai termasuklah ilmu ‘Teknologi Maklumat’.
ISLAM adalah cara hidup serba sempurna yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sejak 14 abad yang lalu. Tidak ada keterangan daripada baginda yang menghalang seseorang Muslim itu mendalami apa sahaja bidang ilmu selagi ia boleh dimanfaatkan kepada diri sendiri dan orang ramai termasuklah ilmu ‘Teknologi Maklumat’.
Sama ada ilmu-ilmu yang bersifat keagamaan ataupun ilmuilmu yang dikategorikan oleh para ilmuan sebagai ilmu akademik/ duniawi dan sebagainya seperti sains, fizik, kaji hayat, biologi, matematik dan ilmu alam selagi mana ia boleh dimanfaatkan buat masyarakat adalah juga dikira sebagai ilmu agama.
Malah baginda s.s.w ada menegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud :
“Sesiapa yang mahukan (kejayaan) di dunia ini, maka hendaklah dia
berilmu, jika dia mahukan (kejayaan) di akhirat, maka hendaklah dia
berilmu dan jika dia mahu kedua-duanya (dunia dan akhirat), maka
hendaklah dia juga berilmu.”
Jelas daripada
penjelasan baginda, menunjukkan betapa baginda mengambil perhatian berat
terhadap penggarapan ilmu, terlebih lagi dalam konteks hari ini di mana
ramai di kalangan orang Islam semakin jauh daripada penguasaan
ilmu-ilmu agama yang mampu menjana diri mereka manusia berguna buat
agama mereka sendiri, negara mahupun bangsa.
Sedangkan ilmu-ilmu agama seperti ilmu tafsir al-Quran serta tajwidnya,
ilmu hadis, Sirah Nabi, fiqh, ilmu tauhid (akidah) dan cabang ilmu-ilmu
Syariah serta Usuluddin adalah asas yang mesti dikuasai, didalami serta
dilaksanakan oleh mereka yang bergelar Muslim, sama ada lelaki ataupun
perempuan, namun hakikat ini tidak berlaku kepada umat Nabi Muhammad
pada zaman mutakhir ini.
Kelas fardu ain lengang
Kekurangan hadirin untuk mempelajari ilmu-ilmu fardu ain di
masjid-masjid atau surau-surau disebabkan banyak faktor, sama ada kerana
pihak pengurusan masjid yang tidak efisyen, teknik pembelajaran yang
tidak selesa atau mantap, kelengkapan yang tidak mencukupi atau terdapat
persoalan yang tidak mungkin terjawab? Kenapa jadi demikian, sedangkan
program-program lain yang bersifat hiburan mendapat tempat di hati
manusia pada hari ini, di mana silapnya?.
Justeru
dalam hal ini, Allah SWT menjelaskan bahawa hati manusia memang
cenderung kepada yang jahat terlebih dahulu, kemudian baru cenderung
kepada yang baik, hati yang jahat itu hasil daripada penyingkiran
manusia kepada program-program bersifat ilmiah, apatah lagi kelas-kelas
ilmu agama.
Merekalah yang bertanggungjawab
merosakkan hati mereka sekali gus menjauhkan diri daripada Allah SWT
yang telah mencipta mereka, sebagai contoh apabila seorang Muslimah yang
tidak menguasai ilmu agama, sanggup menukar ciptaan Allah yang ada pada
dirinya dengan memerahkan rambut, tidak bertudung, mencukur bulu
kening, bersolek dan sebagainya, tidakkah semua tindakan itu mencabuli
larangan Allah, tidakkah ia dinamakan sebagai penentangan secara berani
terhadap-Nya, kenapa, sebab tidak ada ilmu agama dalam diri.
Muslim jauh daripada roh dan ruang lingkup agama Apabila ilmu agama
tidak lagi menjadi pegangan, teras atau asas dalam kehidupan Muslim,
maka segala tindakan yang dilakukan itu bukanlah mencerminkan amalan
yang diterima di sisi Allah SWT, malah ia memperlihatkan kedangkalan
manusia itu kerana tidak mahu berusaha menjadi Muslim yang terbaik di
sisi Allah SWT.
Tidak hairanlah bercambahnya
golongan remaja Muslim yang dikaitkan dengan kumpulan mat rempit,
bersaing untuk glamour dalam bidang seni hiburan atau sukan tanpa perlu
bertungkus lumus dalam bidang pengajian, terlibat dalam kes-kes juvana
seperti seks bebas, pembunuhan, rompakan, penipuan dan bermacam-macam
lagi.
Mereka tidak dibiasakan dengan
elemen-elemen agama seperti adab-adab ketika berhadapan dengan orang
yang lebih tua, adab makan, adab tidur, adab membuang air besar atau
kecil (khususnya di tandastandas awam), adab berjiran, adab pergaulan
antara lelaki dan perempuan, adab bercakap dengan sopan dan sebagainya,
semuanya hanya tinggal di dalam kitab-kitab yang berhabuk tanpa disentuh
oleh pemiliknya.
Kalaupun mereka menunaikan
solat, mereka tidak diajarkan dengan amalan toma’ninah, mereka yang
tidak menguasai ilmu tajwid dan fiqh. Mereka menghabiskan solat secara
ekspres, solat Isyak empat rakaat dilakukan dalam tempoh 2-3 minit,
mereka banyak menghabiskan masa di kedaikedai kafe siber, menonton
pertandingan sukan, menonton rancangan hiburan, sanggup habiskan masa
untuk chating menerusi internet, tetapi tidak sanggup menghabiskan masa
untuk agama Allah seperti duduk lama sedikit mendengar kuliah dan
sebagainya.
Apakah ini jenis remaja yang
diinginkan oleh Islam bagi menjadi bentengnya dari serangan musuhmusuh
yang datang dari pelbagai penjuru, sedangkan mereka juga tidak kenal
siapa musuh mereka sebenarnya, malah terdapat di kalangan mereka
menampilkan diri dengan pakaian yang dipakai oleh pihak musuh.
Kenapa dan kenapa, tidak lain kerana diri mereka tidak terbiasa atau
dengan lain perkataan tidak menghubungkan diri dengan ilmu-ilmu agama,
maka segenap tindakan langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai Muslim
yang benar-benar komited kepada agama dan sedia berkorban kerananya.
Peranan ilmu-ilmu fardu ain dalam menjana peribadi Muslim sebenar
Ilmu Fiqh:
Satu disiplin ilmu yang menekankan aspek luaran/ lahiriah Muslim dengan
amalan-amalan harian seprti solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya.
Ilmu Akidah:
Satu disiplin ilmu yang menekankan persoalan dalaman/ batin khususnya
yang berkaitan secara langsung kepercayaan dan hubungan Muslim dengan
Allah.
Ilmu Tasawwuf:
Satu disiplin ilmu yang menekankan persoalan hati dari sudut ketenangan, kesempurnaan dan pemurniaannya.
Ilmu Tafsir:
Satu disiplin ilmu yang menyediakan bahan ayatayat al-Quran dalam pelbagai pendekatan dalam kehidupan harian Muslim.
Ilmu Hadis:
Satu disiplin ilmu yang membekalkan motivasi ke arah penjanaan Muslim hakiki.
Ilmu Sirah Nabi:
Satu disiplin ilmu yang menyediakan kefahaman menyeluruh bagi menyelesaikan masalah diri, masyarakat, negara dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan