Robert Kuok Hock Nien, orang paling kaya di Malaysia dan yang ke 33 terkaya di dunia. Majalah Forbes pada Mei 2011 menganggar nilai kekayaannya pada US12.5 bilion.
Apakah hubungan kekayaan dan politik di Malaysia?
Sejarah
awal, keluarga Kuok memang rapat dengan golongan aristocrat dan
bangsawan Melayu di negeri Johor. Bapa Robert Kuok, kerap bermain mah jong dengan Dato Onn Jaafar, presiden pertama parti UMNO.
Semasa
di Raffles College atau Raffles Institution, Robert Kuok mengenali Tun
Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Di
Raffles College, Kuok juga rapat dengan bakal Perdana Menteri
Singapura, Harry Lee Kuan Yew. Tidak syak lagi, Robert Kuok tidak
menjadi seorang jutawan semata-mata kerana nasib atau kebetulan.
Sebaliknya kerana hubungannya dengan orang yang berkuasa.
Kuok
lahir dan membesar bersama-sama mereka. Dia kenal orang yang berkuasa
dan lebih mengetahui latar belakang mereka dan lebih memahami politik
Malaysia dan Singapura.
Sebagai seorang yang bijak, Robert Kuok tidak pernah menjadi alat orang politik. Sebaliknya dia adalah master kepada
orang politik. Walaupun seketika terdapat konflik antara Tun Mahathir
dan Lee Kuan Yew, Robert Kuok tidak pernah memihak sehingga menjejaskan
kepentingan pelaburannya di Singapura dan kedudukan perniagaan
monopoli komoditinya di Malaysia.
Kuok mengawal 80% perniagaan gula di Malaysia disamping lain-lain komoditi termasuk kelapa sawit.
Sejarah
Ananda Krisnan lebih menarik. Ananda adalah kawan rapat dan rakan
perniagaan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 60an dan 70an.
Dia dikatakan orang yang menjadi penasihat kepada Ku Li sehingga
tertubuhnya Petronas dan pemilikan kerajaan keatas perniagaan bijih
timah.
Bila
Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981, Krishnan terus
mendapat tempat istimewa dengan dilantik sebagai pengarah Bank Negara
pada 1982 dan pengarah Petronas pada 1984.
Walaupun
berlaku krisis politik antara Dr Mahahtir dan Ku Li, Krishnan tetap
rapat dengan kedua-dua mereka. Krishnan tetap mempastikan kebajikan
keluarga dan anak-anak mereka dijaga dengan baik, jika bercuti keluar
negara. Dia menyediakan hotel, penginapan dan menanggung semua
perbelanjaan.
Ahli
perniagaan dan jutawan lain yang rapat dengan Ku Li seperti Khoo Kay
Peng yang terlalu menyebelahi Ku Li menerima padah setelah Ku Li tewas
dalam pemilihan presiden UMNO 1987.
Seperti
Robert Kuok, Krishnan tidak ada kepentingan politik sebaliknya
menjadikan orang politik mempunyai kepentingan dengan mereka. Mereka
menggunakan kuasa yang ada pada orang politik untuk menjadikan
kehidupan orang politik lebih selesa. Dalam masa yang sama mereka
mencipta kekayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan