Rabu, 16 November 2011

Ulamak Aceh Menyeru Mempertahankan Kepimpinan Ulamak


Ulamak Besar Aceh menyeru agar Rakyat Propinsi Kelantan Malaysia, mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain dan di seluruh dunia. Mungkin juga Amirulmukminin ini satu satu nya ulamak yang menjadi Gubernur di dunia ini.
 
Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar (gubernor), Amirul mukminin Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi Amirulmukminin Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, sebentar tadi.
Menurut dia, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar (Gubernor) yang tidak memisahkan agama dari politik.sepertimana yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.
 
Dia juga berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam.
 
Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila.
Di Bawah ini saya petik kata kata ulamak besar Aceh terhadap Pribadi Nik Abdul Aziz ini, seperti yang dilaporkan dalam Koran Harakah.

1306079387580482659
Amirulmukminin Nik Abdul Aziz Nikmat, satu satu nya Gubernor yang bergelar ulamak.
Katanya, dia tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.
 
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku.
 
Beliau mengingatkan, ia bukan sesuatu perkara yang gampang, kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita, .Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10)
 
“Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat” kata dia lagi.
 
“Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
 
“Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.”
Inilah pemimpin yang sebenar nya layak memimpin Manusia agar kita semua selamat di dunia wal akhirat.
 
Ertinya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.
 
Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.
Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang.
 
Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke’Islam’an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.
Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami.
Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu).
 
Kelantan setelah 20 tahun di bawah kepimpinan Amirulmukminin Nik Abdul Aziz, telah berjaya mengembangkan bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut mengintergrasikan subjek tahfiz al-Quran dan sains di dalam sistem pembelajaran nya. Ini telah menghasilkan intelek Islam yang menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.
 
Dengan segala kejayaan yang dihasilkan oleh Kepimpinan Amirulmukminin ini, maka Rakyat negeri Kelantan (Propinsi) hidup dalam kesejahteraan dan aman damai.
 
Wahai saudara ku sekelian! Inilah Pemimpin akhir zaman yang kita wajib pertahankan sepertimana yang telah diseru oleh Ulamak dari Aceh itu. Marilah kita sama sama berdoa agar kedua dua Negeri atau Propinsi yang kebetulan juga digelar SERAMBI MEKAH akan terus kekal di bawah kepimpinan Ulamak agar dunia akan lebih aman dan dirahmati Alloh.
 
Nota: Sebahagian dari artikel ini saya petik dari sumber Partai PAS harakahdaily.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan