Jumaat, 24 Jun 2011

Berdakwah Dengan Berhikmah.

Hakikat dakwah itu adalah mengajak orang kembali fitrahnya. Ia adalah kembalinya seseorang kepada hidayah Allah melalui perantaraan seorang pendakwah.
Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Ali, seseorang yang mendapat hidayah Allah melalui usaha engkau adalah lebih baik daripada engkau memperolehi seekor unta merah.” [HR Bukhari dan Muslim]

Menurut ahli tafsir, hikmah bermaksud ‘perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil’. Menurut Sayyid Qutb, dakwah yang bijak (hikmah) adalah yang memperhatikan situasi dan keadaan mad’u (objek dakwah). Al-Quran tidak diturunkan sekaligus, melainkan secara bertahap dalam berbagai situasi dan keadaan. Kemampuan seseorang menerima kebenaran itu berbeza-beza. Maka tugas pendakwah itu adalah untuk menyampaikan kebenaran Islam dengan cara yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat agar boleh diterima dengan penuh kesedaran.

Antara cara dakwah yang berhikmah adalah melalui kelembutan. Kelembutan akan menambah daya pesona individu, menyenangkan perasaan orang di sekeliling dan membuatkan orang mahu mendengar kata-katanya.
“Tidaklah ada kelembutan pada seseuatu, kecuali ia akan membuatnya indah. Dan tidaklah tercabutnya sesuatu, kecuali akan menjelekkannya.” [HR Muslim]
“Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan minta ampun untuk mereka.” [Surah Ali-Imran 3:159]
Kelembutan itu dari Allah dan letaknya adalah di hati. Kelembutan adalah perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam usaha menyayangi, menjaga perasaan, melunakkan dan memperbaiki orang lain.

Yang keduanya, dengan kesabaran. Peribadi Rasulullah yang lemah lembut, penuh kesabaran dan hikmah dalam berdakwah adalah teladan utama untuk kita semua. Kita seharusnya menanamkan akhlak Rasulullah dalam diri kita dan juga mutarabbi kita.

Selain itu, berdakwah secara berhikmah melalui rendah diri. Rendah diri terhadap pendidik, rendah diri terhadap orang yang dididik dan rendah diri terhadap seluruh orang-orang yang beriman – menunjukkan penghormatan kita kepada Rasulullah SAW dan kebenaran Al-Quran.

Prinsip berdakwah secara hikmah idealnya adalah:
1.    Kembalinya manusia ke dalam hidayah Allah adalah lebih baik daripada membiarkannya tetap berada dalam kesesatan.
2.    Mendoakannya agar mendapatkan hidayah Allah adalah lebih baik daripada memohon azab untuknya.
Fasa dakwah dengan hikmah mesti dilakukan – tepat dalam menempatkan sesuatu pada tempatnya, baik dalam perbuatan mahupun ucapan. Tahu bila waktunya bersikap lembut dan bila waktunya bertegas. Ibarat seorang doktor dan pesakit. Adakalanya doktor memberikan ubat pada dos yang rendah. Jika belum berkesan, akan diberikan ubat dengan dos yang lebih tinggi atau menghantarkannya ke bilik pembedahan.
Orang awam atau masyarakat yang menjunjung tinggi kesopanan – tidak perlu bersikap keras, perlu berlemah-lembut. Sikap tegas diperlukan untuk menasihati seseorang yang pada dasarnya memiliki ketetapan dan keikhlasan beragama agar tidak terjerumus lebih dalam lagi dalam kesalahan.

Hendaklah setiap hari kita terus menilai diri, memantapkan akhlak dan menguatkan diri sebagai seorang pendakwah.
Allah SWT berfirman, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [Surah An-Nahl 16:125]


Editted from ‘Motivasi Dakwah’ by Wan Ahmad Senadi.

Isnin, 13 Jun 2011

Berjuang kerana Allah dan Rasul

Kekuatan iman dan roh yang ada pada setiap para sahabat sehingga 2 kerajaan besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi tunduk di bawah kekuasaan ISLAM.

Kemenangan menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno adalah sesuatu yang pasti jika PAS memenuhi syarat kemenangan itu untuk melayakkan diri diberi pertolongan dari Allah S.W.T. Apabila kekuatan roh berbekalkan iman dan keikhlasan serta  persediaan yang terbaik mengikut kemampuan, bersama taktik dan strategi yang bijak, pertolongan dari Allah S.W.T itu pasti akan berlaku tanpa halangan.


Pentingnya setiap pejuang gerakan ISLAM khususnya yang berada di dalam PAS melalui proses didikan itu atau proses tarbiyyah itu sepertimana proses yang sama dilalui oleh para sahabat Nabi S.A.W kerana jika tidak, PAS akan melahirkan barisan pimpinan yang lemah untuk memimpin gerakan itu. Dan jika pimpinan itu dipilih dari perwakilan yang juga tidak melalui proses tarbiyyah itu, saya khuatir, PAS tidak akan dapat melayakkan diri untuk menerima pertolongan dari Allah S.W.T sepertimana pertolongan yang telah diberikan kepada para sahabat Nabi suatu ketika dahulu.Pilihlah mereka yang teguh dari aspek akidah dan akhlak, dan juga mereka yang mampu menyatukan semua pihak untuk berjuang ke arah satu matlamat, tidak kira dari kalangan ahli PAS malah dari kalangan parti komponen Pakatan Rakyat itu sendiri khususnya PKR dan DAP.
Bagaimana pentingnya kepimpinan ulama’ untuk membarisi kepimpinan PAS, begitu juga pentingnya golongan professional untuk juga bersama-sama dalam barisan pimpinan .

Pesanan dari Ayahanda Almarhum Ustaz Hj.Fadzil Noor dari kertas kerja beliau, “Konsep Kepimpinan Dalam Parti Islam Semalaysia”, “Bagi kita ulama’ bukanlah dilihat dari segi pakaian lahirnya tetapi yang kita maksudkan ulama’ ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya dari sumber-sumber Islam yang diijmakkan iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias. Mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan yang mendapat pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka tetapi mereka juga mungkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan melalui pengajian agama tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilmu keIslaman seperti yang berlaku di dalam sebahagian dari kepimpinan Islam di dunia sekarang ini. Lantaran itu bukanlah suatu yang mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan sebagai pemimpin.”.

Apabila Panglima Khalid Al-Walid dilucutkan jawatan oleh Khalifah Umar Al-Khattab, beliau masih bersama-sama gagah dalam barisan serangan menyerang musuh ISLAM tanpa ada rasa kekecewaan sedikitpun di wajahnya sehingga perlakuan yang dianggap pelik oleh sebahagian ketika itu dijawab dengan penuh yakin oleh beliau “Kerana Allah Dan Rasulnya Aku Berjuang”.
Dan jika kerana itu juga, sebab utama kenapa kita bersama di dalam PAS, pastinya kasih sayang dan ukhuwwah antara kita akan terus dipelihara.....Insyallah....Allahuakhbar!!! 

Isnin, 5 Julai 2010

SIAPA AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH?

Pada zaman Rasulullah saw masih hidup,umat Isalam bersatu padu dlm satu ketua,yakni Rasulullah saw.Bila terjadi perbezaan pendapat,maka Rasulullah saw adalah sebgai tempat meminta keputusan dan baginda tentunya dibimbing wahyu drpd Allah.Maka zaman tersebut tidak terdapat mazhab-mazhab atau aliran-aliran fikiran yg diklasifikasikan sebagaimana yang ada sekarang.
Setelah Rasulullah saw wafat,para sahabat Nabi masih juga bersatu dalam bidang Aqidah dan Ibadah.Bila terjadi perbezaan fahaman bukanlah pada asas Aqidah Agama.Namun sesekali terjadi juga perbezaan pendapat,tapi Khalifah memilih pendapat mana yang lebih maslahat,atau atas dasar musyawarah,atau kebijaksanaan yang tidak menyimpang dari nas yang telah ada.
Ketika zaman tabi'in juga terdapat perbezaan pendapat,tetapi mereka tidak memperdebatkannya dgn niat semata-mata hanya ingin menurut pendapat akal fikiran mereka dgn bertegang-urat,tetapi mereka memilih mana yg lebih dekat dgn dalil-dalil yg mereka temukan.Apa yg mereka pentingkan adalah mengamal dan menghayati perintah agama.
Tiga masalah Asas yg Diperselisihkan
Roh Islam tidak boleh lepas dari Alam Fikiran Islam yg menjadi tulang belakang akidah Islamiyyah.Namun tidak selamanya sejarah perkembangan alam fikiran dari kepercayaan mana pun yg lepas dari pengaruh luar.Masuknya pengaruh luar itu sama ada merupakan penyerapan asing dgn tujuan-tujuan tertentu,umpamanya untuk merosakkan kepercayaan dan idea pihak yg dipengaruhinya,atau kerana hukum sosial yg mana berlaku hukum penyesuaian penyerapapan unsur-unsur dlm bidang kepercayaan.
Demikian juga dlm Islam,penyelewengan akidah telah ada sejak dulu.Perkara ini bukanlah kerana kemerdekaan berfikir dlm Islam mendapat tempat yg luas sehingga semua orang bebas berfikir secara luas hingga membahayakan akidah Islam.
Bukan kerana sifat keserdahanaan Islam sehingga mudah menyelaraskan diri kedlm segala bidang,waktu dan tempat.Bukan Begitu!Tetapi faktor-faktor geografi,sosial politik dan psikologi,mempunyai pengaruh dan peranan penting pada fikiran manusia masaitu.
Sebenarnya perselisihan dan pertentangan yg timbul didlm Islam itu tidak menyentuh soal-soal asas dalam lapangan kepercayaan atau aqidah mahupun didalam bidang hukum.Tetapi dlm bidang atau sudut-sudut yg tidak ada ketetapan atau ketentuan-ketentuan yg pasti didlm Islam, atau boleh dikatakan tidak perkara-perkara yg merupa kan dasar-dasar umum dari ajaran Islam.
Bahkan sebab utama yg menimbulkan perselisihan dan pertentangan dlm Islam adalah soal-soal Politik kenegeraan .Katakan lah masalah duniawi. Namun masalah politik kenegaraan yg merupakan salah satu ajaran Islam dibidang Duniawi itu tentunya berlandaskan diatas dasar-dasar keagamaan dan kemudian mengaitkan masalah-masalah kepercayaan dan aqidah Islam.
Dgn demikian,ada tiga bentu perselisihan,pertentangan atau pertikaian pendapat didlm Islam yg mempunyai ciri-ciri dan akibat-akibat yg tersendiri iaitu:
  1. Bidang Politik.
  2. Bidang Aqidah atau kepercayaan(Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah).
  3. Bidang Syariat atau Hukum(Hukum Ibadah)
Ketiga-tiga bidang itulah sukar dipisahkan didlm perbahasannya kerana perbezaan atau pertentangan pendapat dlm bidang aqidah,juga dibicarakan dalam bidang Politik,kerana politik yg ditentang semula disebabkan perbezaan aqidah dan sebaliknya, akidah yg ditentang semula kerana perbezaan fahaman politik.
Contohnya kaum Mu'tazilah membicarakan bidang politik,tetapi jug membicarakan bidang aqidah.Maka dlm pembahasan ini tidak disebutkan garis yg jelas mana termasuk kelompok aqidah,politik dan mana yg bidang Syariah.Perbahasan hanya disesuaikan dgn perkara-perkara yg dibicarakan.
Perbincangan ini tertumpu kpd bidang syariah atau hukum,masalah sejarah tidak banyak dihuraikan,Demikian pula tentang golongan dan aliran-aliran yg mendukungnya.Ini adalah disebabkan kerana masalah yg dibincangkan itu mengenai apa itu Sunnah dan apa itu Bukan Sunnah.
Perselisihan dan pertentangan dibidang kepercayaan pd umumnya lebih parah akibatnya drpd bidang yg lain.Pertentangan ini membawa berbagai cerita kesedihan dan terjadinya peristiwa-peristiwa berdarah dgn korban yg banyak.Pengaruh dan akibat yg buruk pernah terjadi kerana akibat pertentangan pendapat dlm bidang kepercayaan ini.

Selasa, 8 Jun 2010

KEGANASAN BARAT TERHADAP UMAT ISLAM

DARI Abu hurairah r.a.meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,"Tatkala berlaku perang besar,Allah SWT akan membangunkan satu kumpulan dari golongan hamba-hamba merdeka Damsyik.Mereka dari orang Arab yang terbaik dan mahir dalam bermain senjata dan menunggang kuda.Allah SWT akan menjadikan mereka sebab agama Islam ini akan terpelihara."(Kanzul Ummal 11/668).
       Hingga hari ini,kita sudah melalui hampir dua abad ditimpa dengan bencana peperangan.Begitu hebat sekali cengkaman orang kafir terhadap kita sehinggakan agama mereka 'bertambah kuat' dan tiada satu ruang dan kesempatan pun diberikan untuk kita membangun dan menentang mereka.
       Separuh abad yang lalu,kita berasa gembira dengan kemerdekaan yang diberikan oleh pihak kafir seakan-akan kita telah bebas dari cengkamannya tetapi pada hakikatnya penindasan dan kekejaman mereka keatas kita masih berlaku malah lebih dahysat dan hebat.
       Oleh itu beberapa buah negara seperti Algeria,Palestin,Eriteria,Kashmir dan Afghanistan telah bangun dan menentang mereka dengan peperangan.Didalam sebuah Hadith ada diterangkan tentang dua buah pergerakan Islam yang amat penting dari pergerakan-pergerakan Islam lain.Sebab dari dua pergerakan inilah,perang besar yang dimaksudkan itu akan berlaku dan hari ini sasaran orang kafir keatas bumi Palestin dan Afghanistan dalam memburu pejuang-pejuang Islam yang dilabelkan sebagai 'Pengganas' jelas menunjukkan yang peperangan akan bermula. Itulah sebabnya Hadith ada menyatakan tentang kelebihan-kelebihan pergerakan mereka ini dan disarankan supaya menyertai pergerakan mereka dan keuntungan kepada sesiapa yang menyertai mereka ini.
      Hadith yang dinyatakan adalah mengenai pergerakan jihad di Palestin.Sebabnya ialah Palestin sebenarnya adalah dalam wilayah pemerintahan Syam.Apakah maksud hadith 'hamba-hamba merdeka Damsyik' yang akan bangun memperjuangkan pergerakan ini? Ia atas dua maksud.Samaada ia bermaksud yang asal iaitu hamba yang merdeka atau bermaksud kawan atau penolong.Melalui hadith ini, mungkin maksudnya adalah yang kedua iaitu rakyat Damsyik akan bangun dan membantu rakyat Palestin yang teraniaya malahan bukan dari Damsyik sahaja,bahkan ia datang dari setiap orang Islam yang Soleh dari segenap penjuru dunia.Wallahu A'lam.
      Sesungguhnya pemerliharaan agama dan perjuangan Jihad adalah dua perkara dibawah penjagaan Allah SWT.Oleh itu perjuangan Jihad Palestin akan sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dariNya Yang Maha Kuat malahan Penghulu Seluruh Anbiya SAW sendiri telah memberi pujian pada perjuangan berani mereka ini.Amin.

Isnin, 7 Jun 2010

GAZA,PALESTIN .

Bumi Palestin sentiasa bergolak sejak ribuan tahun.Ia menjadi rebutan tiga ugama utama didunia,Islam,Yahudi dan Christian.Sejarah membuktikan,ketika umat Islam berpeluang memerintah negara ini ,kaum-kaum lain dapat hidup aman dan damai.
   Mereka yang tidak mengganggu tidak akan diganggu.Nyawa mereka terjamin,harta mereka terjaga dan hak milik mereka selamat.Namun,ketika ia dikuasai oleh dua kaum lagi(Yahudi dan Christian)umat Islam sering dijadikan 'makanan ' mereka.Umat Islam dihalau,dipenjara dan dibunuh.
Rumah mereka dirobohkan.Wanita mereka diperkosa.Hak mereka dinafikan.Masjidil Aqsa dibakar dan cuba dirobohkan.Sehinggakini bumi Palestin seluruhnya dijajah oleh kaum Yahudi.Mereka mengambil kesempatan diatas keruntuhan Kalifah Othmaniyyah untuk menperbodohkan dan memperbudakkan kaum Arab dan umat Islam hingga tidak wujud lagi kalimah'PALESTIN' diatas peta dunia,yang digunakan kalimah Israel dan tidak menggunakan kalimah Palestin kerana ia kini dikuasai oleh Rejim Zionis.
     Sebenarnya,keseluruhan kawasan dari selatan Lubnan diutara hinggalah keSemenanjung Sinai di selatan adalah bumi Islam.Dari tebing Sungai Jordan di timur,hingga kepantai Laut Mediterranian dibarat juga adalah bumi Islam-Daulah Filastiniyyah(Palestin).
     Nabi Muhammad saw,pernah mengunjungi bumi Palestin sebanyak 3 kali.Kali pertama mengikuti bapa saudara baginda,Abu Talib berdagang diSyam ketika berumur 9 tahun.Kali kedua ,baginda membawa barang dagangan Syaiditina Khadijah dalam usia 25 tahun dan kali ketiga ialah didalam peristiwa Isra' dan Mi'raj.
     Kunjungan baginda kePalestin mendapat perhatian rahib-rahib Yahudi disana yang memberitahu Abu Talib(kunjugan pertama)dan Maisarah(kunjungan kedua) bahawa lelaki ini(Muhammad)bakal menjadi Rasul dan baginda akan ditentang habis-habisan oleh orang-orang Yahudi.Pemberitahuan Rahib-Rahib yang beriman itu menjelaskan sikap sebenar Yahudi dan permusuhan mereka terhadap para Rasul sejak zaman berzaman.
     Bahkan,Buhaira(rahib yahudi)berpesan kepada Abu Talib supaya segera membawa pulang anak Saudara nya itu kerana dibimbangi akan dibunuh oleh orang-orang yahudi.Perkara yang sama juga di beritahu oleh seorang rahib lain,Nastur kepada Maisarah ketika baginda berdagang disana.
     Seterusnya didalam peristiwa Isra' dan Mi'raj kita telah diberikan isyarat oleh Allah SWT mengenai kepentingan Pelastin,Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.Bukankah Allah Maha Berkuasa untuk mengangkat Nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram !Akan tetepi Allah sengaja 'memperjalankan'baginda SAW ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu untuk menunjjukkan bertapa peri pentingnya bumi Al-Qud(Anbiya')kepada umat Islam.
     Disana terletaknya masjid yang menjadi Qiblat pertama bagi umat Islam,disana juga terletak pusara para Anbiya' dan Solihin dan juga tempat lahir,tempat tinggal dan tempat persinggahan para Nabi seperti Nabi Ibrahim,Nabi Ya'akub,Nabi Yussuf,Nabi Musa dan lain-lain lagi.
     Keutamaan dan kemuliaan Baitul Maqdis bagi  orang Islam dapat dilihat daripada sabdaan Rasulullah SAW didalam sebuah Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bermaksud, "Janganlah kalian bersusah payah membuat persiapan kecuali jika hendak pergi ke tiga buah masjid: Masjidil Haram,Masjidil Aqsa dan masjidku ini(Masjid Nabawi)."
     Jesteru,Sejak dizaman Rasulullah SAW,para sahabat berjuang bermati-matian untuk membuka Kota Baitul Maqdis.Bermula dengan Peperangan Khaibar(7H),Peperangan Mu'tah(8H)dan pengutusan pasukan  Usamah bin Zaid(11H) membuktikan komitmen mereka yang tinggi untuk membuka rehlah ke Baitul Maqdis.Setelah kewafatan Rasulullah SAW,Perjuangan diteruskan dan para sahabat telah mengorbankan nyawa mereka untuk ini ..

Khamis, 3 Jun 2010

KERENGGA: Dua beradik setan dicekup

KERENGGA: Dua beradik setan dicekup

"OBJEKTIF @ MATLAMAT AT TA'ALIM"

Hassan al-Banna telah menggariskan objektif-objektif yang dimestikan keatas setiap orang Muslim untuk diamalkan.Objektif-objektif itu  bukan lah objektif yang direka,tetapi ia merupakan objektif-objektif yang telah diistikra'(dibuat kaji selidik terlebih dahulu).Hassan al-Banna telah menggariskan peringkat-peringkat 'amal untuk mencapai objektif  tadi mengikut keperluan umat Islam dan sesuai pula dengan keadaan-keadaan tempatan setiap negeri.
           Beliau juga telah menggariskan sifat-sifat syakhsiyah Islamiyah semasa membincangkan "rukun-rukun bai'ah dan kewajipan-kewajipan yang diperlukan oleh Harakah bagi mencapai objektif-objektif menurut peringkat-peringkat tertentu.
           Beliau juga telah menggariskan Prinsip-prinsp yang menjitukan kefahaman,menjitukan perhubungan-perhubungan dan menjitukan perjalanan,tepat sebagaimana yang dikehendaki.
          Kesemua itu terkandung didalam dua baris sahaja dalam Risalah at-Ta'alim iaitu:
          -Arkan al bai'ah(rukun-rukun bai'ah)
          -Wa wajibat al akh al-mujahid (Kewajipan-kewajipan saudara pejuang)
                             *          *          *           *          *          *          *           *          *