Khamis, 8 Mac 2012

Hubungan PAS dan masyarakat majmuk

Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP,  yang dituduh setengah pihak sebagai  fanatik atau chauvinis.

Seterusnya mereka ini bertanya: Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS? Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR?

Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!

Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan,  walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya.

Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama.

Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi  hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya  sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.

Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya:
Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya. (Al-Hujuurat:13)

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza.

Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah)  dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai “Tamaddun”. Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.

Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan “tahaluf” atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari  aspek kemanusiaan  dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah.

Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan ‘umat Ijabah’, mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.

Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT:

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ

بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Yang bermaksudnya:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat. (An-Nisa':58)

Diriwayatkan dalam  Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman:
يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا
(رواية مسلم ).
Maksudnya: (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).

Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan “Himayah” (perlindungan). Ianya juga dilakukan dengan Mut’im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif.  Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman.

Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan  dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.

Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.

Pendekatan  PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.

Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman  yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan?

PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al-Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa.   Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib  melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.

Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.

Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.

PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk . Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam  kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya  kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.

UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan Melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya  yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.

PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Baharin di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.

PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.

Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden PAS
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Selasa, 21 Februari 2012

55 tahun Islam dimartabatkan cara Umno

PAS menyahut cabaran Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012. Wajib diketahui bahawa Islam adalah daripada Allah untuk seluruh alam termasuk manusia seluruhnya. Islam bukan ciptaan manusia samada manusia itu ahli PAS atau ahli UMNO atau bukan ahli mana-mana parti, termasuk manusia itu bertaraf ulama di sepanjang zaman dan mereka tidak diizinkan mencipta ajaran Islam sendiri. Mencipta ajaran sendiri yang dianggap setanding atau setaraf ajaran Islam daripada Allah adalah perkara syirik dosa besar. Firman Allah :
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21) الشورى.
21. Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka ajaran agama yang tidak diizinkan Allah? sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.
Allah telah melantik Nabi Muhammad s.a.w rasul akhir zaman supaya membawa Islam ciptaan Allah serta menyampaikan Islam itu dan menafsirkan cara pelaksanaannya secara amali yang dijamin istiqamahnya dengan sifat kerasulan yang wajib terpelihara. Walaupun Allah mewafatkan Rasulullah s.a.w, namun petunjuk Islam yang sempurna tetap dipelihara Allah dalam kitabNya dan difahami oleh kumpulan yang mendokongnya. Pelaksanaannya adalah mengikut acuan daripada Allah, maka acuan yang dicipta selain daripadanya adalah palsu dan bohong.
Sejarah Islam membuktikan, hanya bangsa dan umat yang dibentuk peribadi, keluarga, masyarakat dan negaranya mengikut Islam sahaja, iaitu acuan Allah bukan acuan ciptaan manusia dan cara pelaksanaannya berpandukan Rasulullah s.a.w dan generasi awal yang mengikut jejak langkahnya, mancapai martabat yang mulia dan memperkasakan umat yang beramal dengannya di sepanjang zaman sehingga mampu mengambil alih memimpin dunia yang dirosakkan oleh tamadun sesat. Pemimpin negara yang berpegang dan beramal dengan Islam yang sempurna itu menjadi kuasa besar yang memimpin dunia.
Walau bagaimanapun, kejatuhan umat Islam di zaman mutakhir selepasnya, berlaku selepas penganut Islam meninggalkan ajaran Islam yang sempurna akibat penyelewengan pemimpin dan kerajaannya, menyebabkan tanah air dan bangsa yang menganut Islam dijajah dan dihina. Penjajah mengambil kesempatan di zaman penguasaannya, setelah gagal memurtadkan umat Islam dengan menukar agamanya walaupun secara paksa. Lalu mereka menukar cara dengan mengubah acuan baru pelaksanaan Islam bagi umat Islam secara halus dan licik, iaitu dengan cara melaksanakan Islam secara terpilih, beramal dengan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, sehinggalah ke peringkat percaya kepada sebahagian dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain. Mereka menerapkan dasar dan konsep sekularisme yang memisahkan urusan duniawi dalam agama Kristian di negara mereka ke dalam agama Islam yang dibentuk acuan pelaksanaannya terhadap umat Islam.

Maka Islam yang sempurna, lengkap dan berkuasa memandu seluruh urusan kehidupan, khususnya pentadbiran negara dihapuskan. Kuasa yang dinamakan agama Islam dibelenggu di bawah Jabatan Agama yang dihadkan bidangnya sekadar urusan ibadat yang terhad, undang-undang keluarga Islam, harta pusaka dan wakaf, seterusnya Jabatan Hal Ehwal Agama diberi peranan bertindak mengawal sebarang kegiatan yang bersifat politik, ekonomi dan ajaran yang berkait dengan cara hidup mengikut syariat Islam yang memperkasakan umat Islam, disekat dengan undang-undang yang dinamakan Islam juga, bagi mengawasi khutbah jumaat dan pengajian agama. Akhirnya umat Islam jahil agamanya sendiri, para ulamanya lemah, akhirnya hilang martabatnya dan menjadi bangsa yang lemah.
Namun di setiap tanah air umat Islam muncul kumpulan yang mempertahankan Islam dan menentang penjajah di atas nama Islam dan bercita-cita Islam, walaupun ramai kalangan mereka yang gugur syahid di medan jihad, ditali gantung, dibuang negeri dan dipenjara. Akhirnya penjajah mengaku bahawa mereka terpaksa berundur dan mesti kembali pulang ke negeri masing-masing, tetapi kepentingan mereka wajib dipertahankan. Penjajah Barat yang bersikap musuh terhadap Islam dan penganutnya kerana sesat dan dengkinya tidak berundur dengan percuma, tetapi berundur dengan perancangan pula bagi menghalang wujudnya kuasa Islam yang benar-benar berwibawa memperkasakan umat Islam yang dikira mencabar kuasa Barat. Mereka tetap bersifat hasad dan bermusuh sehingga hari kiamat, begitulah pesanan Allah dalam surah Baqarah:
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُ هُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُون
217. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) memesongkan kamu daripada agama kamu, seandainya mereka mampu. Sesiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Ayat ini tidak terhad pengajarannya di zaman Rasulullah s.a.w ketika berlakunya sebab tetapi pengajarannya berpanjangan sehingga hari kiamat. Kitab Mustika Hadis jilid kedua terbitan Jabatan Perdana Menteri, terus menjadi teks kuliah dan usrah kalangan ahli PAS, dalam bab perkara merosakkan iman menyatakan bahawa penyelewengan agama yang menghilangkan martabat umat Islam bukan sehaja keluar daripada agama Islam secara menyeluruh dengan menganut agama lain, bahkan berlaku pada setiap satu ajaran Islam daripada keseluruhannya termasuk perkara sunat. Inilah perancangan penjajah.
Lord Cromer ketua pentadbir penjajah Inggeris di Mesir dan Sudan di zaman penjajahannya menegaskan bahawa: “Pihak Barat yang terpaksa berundur, akhirnya terpaksa memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan hendaklah merancang supaya pemimpin kerajaan selepas merdeka terdiri daripada kalangan bangsa anak negeri yang berpendidikan dan berpelajaran Barat dan boleh meneruskan dasar dan polisi Barat yang mengekalkan pengaruhnnya sehingga selepas diberi kemerdekaan, seterusnya menghalang kuasa politik Islam bertapak semula “.
UMNO adalah parti yang dipilih oleh penjajah British untuk menjadi teras kerajaan Malaysia setelah diberi kemerdekaan dan wajib diberi kekuatan untuk menang pilihanraya selama-lamanya, supaya martabat umat Islam terus lemah tidak bermaya walaupun telah mencapai kemerdekaan dan penjajah kulit putih tidak ada lagi. Inilah akibat yang menimpa umat Islam selepas lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, membina bangunan agama pada zahirnya tetapi merobek dan meruntuh sehingga melemahkan jati diri pada hakikatnya, seterusnnya boleh menjatuhkan martabat umat.
Islam yang dibawa ke rantau ini oleh para pendakwah yang berjasa, adalah Islam yang sempurna sehingga melahirkan raja-raja dan para ulama yang berjasa. Mereka menentang penjajah sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Perjuangan kemerdekaan bukannya bermula dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946. Sejarah telah diputar belit oleh penjajah dan disambung oleh UMNO. PAS ditubuhkan menjadi mata rantai perjuangan Islam menentang penjajah, ramai kalangan penaja dan pemimpin yang menubuhkan PAS adalah bekas tahanan penjajah, saki-baki daripada para ulama dan raja-raja Melayu yang dibunuh, dibuang negeri dan dihilangkan dalam lipatan sejarah. PAS mengambil pendekatan secara damai cuba membetulkan kemerdekaan dengan memorandum bersama kumpulan Islam sehingga meletakkan beberapa perkara dalam perlembagaan, iaitu Islam agama persekutuan, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan raja berpelembagaan. Namun UMNO yang menjadi pemimpin utama, telah menyebabkan berlakunya terhadap umat Islam seperti yang ada pada hari ini.
Islam dikekalkan oleh UMNO mengikut acuan penjajah selepas mengambil alih kepimpinan negara. Pendidikan Islam yang dilumpuhkan oleh penjajah, disambung kerjanya oleh UMNO sehingga sekolah agama rakyat yang menjadi kubu Islam dilemahkan, tulisan jawi berhuruf arab yang menjadi bahasa agama serantau dilemahkan oleh UMNO sehingga hampir hendak disimpan ke dalam muzium. Sekolah-sekolah agama sebelum dan di awal kemerdekaan yang ditubuhkan oleh para ulama sehingga melahirkan pelajar yang boleh berbahasa arab setaraf dengan orang arab, dipinda sistemnya selepas merdeka, sehingga melahirkan pelajar yang lemah bahasa arabnya dan cukup layak menjadi ulama muda terompah kayu UMNO yang diguna pakai sementara kemudian dibuang tanpa maruah. Hukum Islam dipinggirkan pelaksanaannya sehingga keruntuhan moral kalangan umat Islam paling meningkat. Jabatan agama pula lebih berperanan seperti zaman penjajah untuk mengawal kegiatan dakwah di masjid dan surau yang mengancam sekularisme sehingga tidak mampu memperkasakan umat Islam dengan agamanya, laksana tentera yang mempertahankan sekularisme di Turki.
Kadar umat Islam di awal kemerdekaan hampir lapan puluh peratus, selepas kemerdekaan beberapa tahun menurun kepada enam puluh peratus. Kehilangan jatidiri Melayu Islam di Singapura, pada awalnya Melayu UMNO Datuk Hamid Jumat menjadi Ketua Menteri akhirnya tenggelam, bukan salah Cina tetapi UMNOlah puncanya kerana mengambil pendekatan betapa kerasnya mempertahankan Melayu, sehingga hendak membunuh bangsa lain tetapi bodoh politik. Kedudukan Melayu Pulau Pinang yang makin lemah bukan salah kaum Cina, tetapi salah UMNO yang memimpinnya kerana mengajar Melayu leka dengan politik wang rasuah, harta wakaf sanggup diseleweng, akhirnya boleh tenggelam bersama UMNO seperti di Singapura. Kehilangan kekurangan kerusi Melayu Islam kerana UMNO terpaksa memberi sedekah kerusinya kepada rakan sejawatnya MCA, GERAKAN dan MIC. Akhir-akhir ini, kaum Cina dan India bersorak kerana calon PAS menang mengalahkan calon MCA, GERAKAN atau MIC, tetapi Melayu yang dilatih oleh UMNO pula menangis kerana rakan sejawatnya MCA, GERAKAN dan MIC kalah.
Bahasa Melayu diterima oleh semua kaum menjadi bahasa kebangsaan kerana sudah menjadi bahasa perantaraan di negara kita. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan serta dikuatkan dengan perlembagaan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu dan pentadbiran, setaraf dengan bahasa lain. Tiba-tiba kedudukannya makin lemah, bukan sahaja dipinggirkan dalam urusan kerajaan malah secara zahir kelihatan diperkecilkan ucapan dan tulisannya dalam amalan di merata tempat dan amalan pemimpin sendiri. Ungkapan bahasa jiwa bangsa diserlahkan oleh para pemimpin dunia, ada kalangan pemimpin beberapa negara yang mampu menguasai beberapa bahasa, namun tetap menggunakan bahasa masing-masing sehingga di peringkat berucap di PBB dan lain-lain. Adapun pemimpin UMNO dalam negara sendiripun lupa daratan apatah lagi kalau di luar negara, menandakan hilang jiwa bangsanya. Inikah pemimpin yang diharap meninggikan martabat umatnya ?
Hak Istimewa Melayu atau Bumiputera menjadi tongkat untuk memperkasakan Melayu Islam dalam bidang ekonomi, disalahgunakan oleh pemimpin UMNO di semua peringkat daripada menteri kabinet sehinggalah ketua cawangan UMNO dan JKKK. Dalam masa lebih lima puluh tahun, masih tidak mampu bersaing dengan kaum yang lebih maju, setiap kali konsep Dasar Ekonomi Baru diwarwarkan tongkat hak istimewa diangkat sekadar untuk memukul atau mengugut kaum lain, bukannya untuk menguatkan diri sendiri. Peruntukannya banyak yang diketahui umum kebocorannya, sehingga Bank Bumiputrera yang berkembar dengan UMNO laksana kuku dengan isi, di mana ada pejabat UMNO disitu ada cawangan Bank Bumiputera, akhirnya terpaksa dikebumikan kerana ditelan riba dan pinjaman khianat.
Raja berperlembagaan yang diberi amanah untuk memayungi agama, sepatutnya diperkasakan oleh UMNO yang memegang tampuk politik dengan kekuatan Islam sebagai al-Din yang hebat berkuasa dengan Islam adil untuk semua. Tiba-tiba UMNO meminda perlembagaan untuk lebih kuasa kepada UMNO dengan memalukan raja-raja, maka pindaan perlembagaan jadilah laksana tikus membaiki labu.
PAS mengajak rakyat memilih PAS ganti UMNO bagi meninggikan martabat umat dengan acuan daripada Allah yang temaktub dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Hajj (maksudnya):
40. Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, tempat-tempat sembahyang dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agamaNya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
41. (Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang munkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.
Konsep Islam menerima kewujudan masyarakat majmuk, bukan dengan semangat fanatik perkauman di kalangan kaum berbagai bangsa dan agama tetapi berkonsepkan adil dan hak yang diberi untuk semua secara sifat kemanusiaan ciptaan Allah yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. Perkara ini diserlahkan melalui Konvensyen Pakatan Rakyat secara persetujuan bersama mengekalkan konsep yang ada dalam perlembagaan tetapi diamal salah oleh Barisan Nasional yang diketuai UMNO setelah lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan dengan natijah yang melemahkan martabat umat Islam dan menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai kaum.
PAS telah cuba sedaya upaya di negeri yang pernah diperintah dan sedang diperintah, tetapi dihalang dan diganggu secara tidak adil dan beradab serta melanggar konsep perlembagaan dan menyempitkan hak rakyat. PAS bersama Pakatan Rakyat berbagai parti dan kaum mengajak rakyat menolak pemimpin yang dipilih secara rasuah melalui politik wang dalam parti dan membeli rakyat dengan rasuah juga dalam pilihanraya yang terlalu banyak penipuannya, supaya menjadi rakyat yang berfikir secara matang, ikhlas dan berani.
Pilihanraya menentukan pilihan meninggikan martabat umat Islam, ialah memilih PAS ganti Umno. Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang beriman tidak harus disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang”. Tidak sedarkah anda bahawa UMNO telah menyengat orang Melayu Islam sudah dua belas kali pilihanraya daripada satu lubang yang ditabur dengan umpan duit dan janji manis tetapi beracun jangka panjangnya.
Presiden PAS

Rabu, 18 Januari 2012

SISTEM POLITIK (Himpunan Risalah Iman Hassan Al-Banna)


Dan Hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa yang telah diturukan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka , dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum  yang telah diturunkan oleh Allah kepada mu  (Al- Maidah : 49)

Kerajaan Menurut Pandangan Islam.

      Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen system social Islam kerana Islam tidak dapat menerima suasana yang tidak stabil.Islam juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin .Rasulullah saw pernah bersabda kepada beberapa orang sahabatnya :
      “Apabila kamu tiba disebuah negeri yang tiada pemimpin hendaklah kamu beredar meninggalkannya.”
     
Pada ketika yang lain baginda bersabda kepada beberapa orang sahabatnya :
Jika kamu bertiga ,hendaklah kamu melantik seseorang mengetahui kamu.”

      Sesiapa yang mendakwa agama ini (atau lebih tepat Islam) tidak menyentuh aspek politik tidak termasuk dalam bidang Islam ,dia sebenarnya telah menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya .Saya tidak katakana dia menzalimi Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah silap dan cacat celanya . Alangkah indah sekali kata-kata Imam al-Ghazali r.a. : “Sedarlah bahawa syariat itu adalah dasar dan kuasa itu adalah penjaganya . Perkara yang tiada dasar akan roboh dan perkara yang tiada penjaga akan lenyap .”
      Negara Islam mestilah dibina diatas asas dakwah supaya negara ini mempunyai wawasan tersendiri ,bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran dan kerajaan yang beku dan kaku tanpa sebarang roh . Demikian juga dakwah mestilah diletakkan dibawah penjaga yang akan menjaga ,menyebar ,menyampai dan memantapkannya.
                                                                                                                                                     
      Kesilapan kita yang pertama ialah kita lupa dasar ini .Akibatnya kita memisahkan agama dan politik secara praktikal walaupun kita tidak sanggup untuk memisahkan nya secara teori .Kita masih muatkan dalam perlembagaan kita bahawa agama rasmi negara adalah  agama Islam .Namun tek perlembagaan ini tidak menghalang tokoh-tokoh politik atau pemimpin parti politik untuk menimbulkan tanggapan buruk kepada nilai-nilai Islam .Tindakan mereka juga tidak dapat memperlihatkan wawasan Islam atau keindahan Islam dalam diri dan budaya masyarakat . Keyakinan ,ucapan serta tindakan mereka sentiasa memisahkan antara ajaran agama dan tuntutan politik .Inilah kelemahan utama dan punca segala masalah .

Asas-asas Politik Islam.

      Kerajaan dalam Islam tertegak berlandaskan asas-asas yang telah diketahui dan diakui umum .Kerajaan adalah elemen utama kepada system politik Islam .Kerajaan ini mestilah berlandaskan kepada asas-asas iaitu tanggungjawab pemerintah ,perpaduan umat dan menghormati aspirasi rakyat .Tanpa mengira walau apapun istilah atau struktur yang digunakan .

Tanggungjawab Pemerintah .
      Pemerintah adalah orang yang bertanggungjawab dihadapan Allah dan Rakyat .Pemerintah  adalah orang suruhan dan khadam kepada rakyat .Rasulullah sendiri pernah bersabda :
“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang pimpinan kamu.”

      Ketika Abu Bakar r.a. ditabalkan sebagai Khalifah dan naik ke mimbar ,beliau berucap : “Wahai sekalian manusia ,dahulu saya bekerja untuk keluarga saya dan saya mencari makan minum mereka tetapi sekarang saya bekerja untuk kamu maka tetapkanlah bahagian saya daripada perbendaraan kamu.”
      Melalui ucapan ini ,beliau telah mengemukakan tafsiran yang terbaik dan adil berhubung teori kontrak social .Malah beliau adalah orang pertama yang meletakkan batu asasnya .Kontrak ini ialah penjanjian antara rakyat dan pemerintah bertujuan memelihara kepentingan umum .Jika pemerintah melakukannya dengan baik dia akan mendapat ganjarannya dan tidak dia akan menerima akibatnya.

Perpaduan Umat.

      Umat Islam adalah umat yang satu kerana persaudaraan yang menyatukan hati-hati manusia atas nama Islam adalah salah satu asas Iman .Iman Ini tidak lengkap tanpa persaudaraan dan persaudaraan tidak  akan tercapai tanpa kewujudan iman .Namun ini tidak bermakna tidak wujudnya kebebasan bersuara atau member nasihat daripada pihak bawahan kepada pihak atasan atau daripada pihak atasan kepada pihak bawahan .Inilah yang dikenali dalam budaya Islam sebagai member nasihat dan amar makruf nahi mungkar .Rasulullah saw bersabda :
“Agama itu nasihat .Para sahabat bertanya : Untuk siapa ,wahai Rasulullah ?Baginda menjawab : Untuk Allah , rasul-Nya ,kitab-Nya dan untuk para pemerintah dan rakyat Islam.”

Baginda juga bersabda :
“Jika engkau lihat umat ku takut untuk berkata kepada orang zalim :Wahai , Orang zalim .Maka ucapakanlah selamat tinggal kepada mereka.”

Dalam satu riwayat  :
“Berada diperut bumi lebih baik untuk mereka daripada mereka berada diatas bumi.”

Baginda bersabda yang bermaksud :
“Pemimpin para syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang berhadapan dengan pemerintah yang kejam .Dia menasihati dan menegur pemerintah itu lalu pemerintah itu membunuhnya.”

      Tidak wujud perpecahan dikalangan umat Islam didalam soal-soal asasi kerana system social yang diamalkan oleh umat ini hanya satu iaitu Islam . Islam diiktiraf oleh  semua anggota umat ini .Tiada masalah jika wujud perbezaan pendapat dalam soal-soal  kecil .Perbezaan pendapat tidak semestinya  menimbulkan ketegangan atau permusuhan  atau amalan berpuak selagimana ia hanya membabitkan masalah cabang .Sebaliknya masalah ini boleh dibahas ,dikaji ,dan di bincang dalam budaya nasihat-menasihati . Perkara-perkara yang telah disentuh nas tidak lagi boleh diijtihad .Sementara perkara yang tidak disentuh oleh  nas maka keputusan pemerintah akan dapat menyatukan umat .Dengan ini tidak timbul lagi sebarang masalah .

Hormati Aspirasi Rakyat

            Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah .Rakyat perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik .Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat  dan menghormati  kehendak mereka .Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh  rakyat . Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadi perkara ini sebagai amalannya :
            Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan )itu . (Aali Imran :159)

            Allah turut memuji orang-orang beriman kerana amalan baik mereka ini :
            Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka .(Al-Shura :38)
            Amalan ini tercatat dalam sunnah Rasulullah saw dan amalan para Khalifah al-Rashidin selepas baginda .Apabila berlaku sesuatu perkara mereka akan menghimpunkan para cendikiawan dikalangan umat Islam .Mereka akan bermesyuarat dan akur dengan pendapat yang betul . Malah mereka akan melantik atau menggalakkan mereka untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut .Abu Bakar ra pernah berkata :”Jika kamu melihat saya di pihak yang benar bantulah saya dan jika kamu lihat saya di pihak yang salah perbetulkan saya .”
            Umar bin al-Khattab pernah berkata : “Sesiapa yang melihat ada kepincangan pada diri saya perbetulkan saya.”

            Sistem Islam tidak mementingkan struktur atau istilah selagimana dasar-dasar utama yang perlu bagi mewujudkan politik yang baik ini wujud ; Selagimana ia dilaksanakan secara seimbang tidak hanya mementingkan satu-satu sudut sahaja .Namun sudah tentu keseimbangan ini tidak dapat dipertahankan tanpa wujudnya penghayatan sebenar kepada kesucian ajaran Islam ini .Apabila dasar-dasar ini mampu dipertahankan  ia akan membawa kepada kejayaan didunia dan akhirat .Dalam dunia moden hari ini perkara ini disebut sebagai “Kesedaran Nasional “ atau “Kematangan Politik” atau “Pendidikan Patriotik” atau sebagainya .Namun sebenarnya kesemua istilah ini hanya merujuk kepada satu maksud sahaja iaitu keyakinan kepada keberkesanan system yang ada dan merasakan system ini perlu dipertahankan .Sebabnya ,teks sahaja tidak akan mampu membangkitkan sebuah bangsa .Tidak ubah seperti undang-undang kerana undang-undang tidak akan berguna jika tidak dilaksanakan oleh hakim yang adil dan bersih .
           
            Kita pada hari ini meminjam system parlimen daripada Eropah yang kini menjadi landasan kepada kerajaan kita .Kita gubal perlembagaan kita berasaskan system ini .Kita pernah pinda perlembagaan kita kerana mahu menurut system ini .Kita telah lalui pelbagai pengalaman dalam melaksanakan system ini . Sejauhmana system ini selari dengan Islam ? Sejauhmana pula hasil yang kita perolehi sepanjang tempoh ini ?

Jumaat, 13 Januari 2012

MATLAMAT YANG SAHIH BERPUNCA DARIPADA TAUHIDULLAH


Matlamat amal seseorang itu tersemat pada hati.Selain tuan badan, tiada siapa yang tahu segala amal manusia kecuali Allah SWT yang maha mengetahui .Kita hanya dapat menjangkakan matlamat seseorang berdasarkan factor luarannya sahaja.Perlu kita ingat,bukan kerja kita untuk mengetahui matlamat amal manusia.Apa yang penting ialah wajibnya kita memastikan matlamat amal diri kta mestilah berdasarkan keikhlasan yang tulen.Keikhlasan yang tulen itu lahir daripada punca asasnya iaitu :

1.       Cinta Allah SWT.
2.       Cinta Rasulullah SAW.
3.       Cinta Islam.
4.       Cinta Syurga.
Inilah 4 visi manusia makmin yang hatinya tersemat kukuh tauhidullah.

Tauhidullah bermaksud mengesakan Allah SWT.

Tauhidullah menghasilkan kesatuan (Wehdah) yang sempurna :

1.       Kesatuan niat (mardhotillah\ mengharap syurgaNya \takut azanNya) ,
2.       Kesatuan aqidah (ahli sunnah wal jamaah) ,
3        Kesatuan fikrah (fikrah Islamiyyah) ,
4.       Kesatuan kalimat (kata-kata\seuan\ajakan),
5.       Kesatuan Ummah (jamaatil muslimin) dan
6.       Kesatuan amal (gerak kerja)

Ciri-ciri orang yang Ikhlas

Orang yang ikhlas memiliki cirri yang boleh dilihat ,diantaranya :

1.Sentiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan bersendirian atau bersama oaran ramai ,samaada ia dipuji atau pun dicaci. Ali bin Abi Thalib ra berkata ,``orang yang riya’ memiliki beberapa cirri ; malas jika bersendirian dan rajin jika dihadapan ramai orang. Semakin berghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”

Perjalanan waktulah yang akan menentukan seseorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan cobaan, baik yang suka amaupoun duka , seseorang akan terlihat kualiti keikhlasannya dalam beribadah ,berdakwah, dan berjihad.

Al-Quranul-karim telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat oarng-orang munafiq dan berbagai macam cirinya. Diantaranya disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 44-45,
``Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepada mu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang meminta izin kepada mu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya”

2.Sentiasa menjaga diri dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka.

Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasul saw. Berkata, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.” Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridha-Nya.”

Tujuan yang hendak dicapai oleh orang yang ikhlas adalah ridha Allah ,bukan ridha manusia. Sehingga ,mereka sentiasa memperbaiki diri dan terus beramal ,baik dalam keadaan sendirian atau ramai, dilihat orang atau tidak ,mendapat pujian atai celaan. Kerana mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk sekecil apa pun.

3.Dalam dakwah, akan melihat bahwa seorang dai yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan tercapai ditangan saudaranya sesama dai, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya. Para dai yang ikhlas akan menyedari kelemahan dan kekurangan dirinya. Oleh kerana itu ia sentiasa berpegang kepada dasar amal jama’I dalam dakwahnya. Sentiasa menghidupkan syuro dan mengukuhkan tahap dan system dakwah. Berdakwah untuk kemuliaan Islam dan umat Islam , bukan untuk meraih popularity dan membesarkan diri atau jamaahnya semata-mata.

MATLAMAT YANG SAHIH SEBAGAI PENYELAMAT DIRI DARIPADA TERSASAR.

Hati yang cinta Allah SWT, cinta Rasulullah SAW, cinta Islam serta cinta Syurga memiliki ketakutan yang sebenar terhadap Allah SWT. Hasilnya :

ü  Sentiasa meletakkan redho Allah sebagai panduan bagi semua amal. Tidak ada sedikit pun dalam hatinya redho manusia sebagai penyebab ia beramal.
ü  Hawa nafsu tidak dituruti. Segala amalnya sentiasa dibersihkan dari sebarang dorongan yang terbit daripada hawa nafsu.
ü  Sentiasa berhati-hati dalam semua amal. Tidak tergopoh-gapah. Segala gerak kerjanya dipastikan bersih daripada sebarang syirik (tidak Ikhlas).
ü  Sentiasa sabar dengan sebarang halangan dalam amal. Segala masalah yang dihadapi tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk terus menerus beramal tanpa menghiraukan sebarang hasil duniawi.
ü  Daya juangnya sentiasa membara. Minda\pemikiran dan fizikalnya sentiasa segar untuk bergerak memburu matlamat yang suci. Para Rasul\ Nabi dan As Salafussoleh serta para ulamak muktabar sentiasa menjadi qudwah amalnya.

MATLAMAT YANG SAHIH MENGERATKAN UKHUWAH DAN MEMPERKASAKAN JAMAAH.

Jamah Islamiyah bukanlah organisasi yang bebas daripada krisis.Jamaah terbaik pimpinan Rasulullah SAW pun mengalami krisis. Bagi orang yang tidak mengenali Jamaah Islamiyah mereka menganggap jamaah yang betul adalah jamaah yang bersih daripada sebarang krisis. Pandangan ini sangat tidak benar. Para amilin hendaklah sedar krisis adalah ujian amal. Semua ujian akan Berjaya kita harungi serta menyelesaikannya dengan cemerlang sekiranya matlamat yang sahih benar-benar bertapak kukuh dalam hati kita. Apa sahaja krisis yang menimpa jamaah, ia tidak merenggangkan ukhuwah sekiranya matlamat yang sahih tersemat kukuh dalam hati para amilin.
Yang pastinya ialah:
ü  Melakukan fitnah tiada tempat dalam jamaah.
ü  Menyebarkan fitnah secara sengaja sentiasa dijauhi.
ü  Sentiasa berhati-hati takut terlibat dengan penyebaran fitnah samaada secara langsung atau tiadak langsung.

Sudah pastilah Tauhidullah itu memperkasakan jamaah kerana :
ü  Hati yang suci bersih membuahkan amal yang berkualiti tinggi.
ü  Matlamat yang sahih melahirkan amilin yang berkualiti tinggi.
ü  Para amilin yang berkualiti tinggi mampu memperkasakan jamaah.

Oleh itu sahabat\sahibah yang dikasihi sekelian, perkara yang sangat kita bimbang ialah kualiti para amilin. Hendaklah sentiasa kita ingat bahawa kita tidak bimbang  dengan jumlah amilin yang sedikit. Jumlah amilin yang ramai tetapi tidak berkualiti sudah pasti tidak memperkasakan jamaah. Jauhilah semua perkara yang boleh menyebabkan tercemarnya keikhlasan kerana inilah punca utama hilangnya kualiti para amilin. Oleh itu bersihlah :

J  Visi amal kita daripada segala unsur syirik.
J  Misi serta objektif amal kita daripada sebarang unsur duniawi.
J  Strategi amal kita dari sebarang unsur  penipuan.

Maju bersama Islam itu diredhoi oleh Allah swt tetapi maju bersama hawa nafsu memusnahkan akhirat kita .Allahuakhbar !

Khamis, 5 Januari 2012

ISLAM & KRISTIAN : SEJARAH & HAKIKAT PERTEMBUNGAN


SEJARAH Islam dan Kristian berlaku merentas sejarah yang amat panjang. Malah bibit-bibit pertentangan di antara keduanya berlaku sejak sebelum lahir utusan akhir zaman iaitu Rasulullah S.A.W yang membawa Islam sebagai kebenaran mutlak dan membatalkan syariat sebelum ini. Pertembungan klasik ini amatlah unik kerana ia berlaku sebelum lahirnya sesuatu yang di anggap musuhnya.
 

Kristian adalah ajaran agama yang telah mengalami krisis identitinya dan dirubah mengikut nafsu Tamadun Barat. Manakala usaha Kristianisasi adalah salah satu usaha yang di belakangnya sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar. Perkara ini mungkin tidak difahami dengan baik jika kita malas mengkaji dan membelakangkan kepentingan sejarah.



Nabi Isa A.S diutuskan Allah Taala adalah untuk memperbetulkan penyelewengan yang berlaku di dalam agama Yahudi sebelum itu. Nabi Isa A.S juga ditugaskan untuk memberitahu kepada kaumnya bahawa di akhir zaman nanti akan lahir suatu 'Kebenaran Mutlak' iaitu Islam dan kedatangan Nabi terakhir iaitu Nabi Muhamad S.A.W. Namun begitu oleh kerana dorongan hawa nafsu, mereka terdorong menjadi ta’asub sehingga mendewakan Nabi Isa A.S, sedangkan mereka sudah diberitahu tentang perkhabaran yang baik tentang kedatangan Nabi Muhamad S.A.W. Kaum Bani Israel pula yang dirasuk kesombongan dan keangkuhan, mereka sanggup mengubah dasar asal ajaran Nabi Isa A.S menjadi ajaran dogma yang kemudiannya digelar sebagai 'Kristian'.

Hakikat betapa arifnya ahli-ahli kitab terhadap ciri-ciri Rasulullah S.A.W telah dijelaskan di dalam Al Quran.

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil), mereka (sebenarnya) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui" (Al Baqarah:146).

Sebelum Islam, sifat-sifat agama yang wujud di dunia tidak mempunyai ciri dakwah. Agama Yahudi adalah untuk kaumnya sendiri, Agama Farsi kuno juga hanya untuk kaum Farsi. Agama Buddha dan Hindu tidak pernah keluar daripada benua Asia ketika itu, kecuali agama Kristian yang meletakkan dasar-dasar penyebaran agama mereka demi memenuhi keserakahan nafsu. Sedangkan sifat ‘dakwah’ di dalam Islam adalah untuk menyebarkan rahmat ke seluruh alam, bukan penguasaan dan penindasan.

Allah berfirman:

" Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam" (Al Anbiya:107)

Kristian Menakluki Eropah

Kristian memasuki Eropah sejak awal Masihi lagi iaitu ketika era Greco-Roman. Oleh kerana gagalnya Kristian dalam isu akidah yang penuh kesangsian. Akhirnya Kristian telah dicampur-adukkan dengan budaya dan kepercayaan kuno Yunani ,Rom, Mesir dan kaum gasar. Perkara ini terjadi kerana kaum Eropah itu telah mewarisi budaya yang dipupuk daripada bangsa-bangsa Yunani Kuno dan campuran Kebudayaan Rom. Sekali lagi Kristian telah berubah daripada asalnya. Kini Kristian telah dipengaruhi tamadun Barat yang begitu dominan.

Sifat asasi tamadun Barat :-

Asas kebudayaan Barat adalah hasil warisan yang dipupuk daripada Kebudayaan Yunani Kuno dan tercampur dengan Kebudayaan Rom serta unsur-unsur Iain-lain hasil daripada cita rasa dan gerak daya bangsa Eropah sendiri seperti suku bangsa Jerman, Inggeris dan Perancis.
Kebudayaan Yunani Kuno meletakkan dasar-dasar falsafah dan kenegaraan serta pendidikan juga kesenian. Kebudayaan Romawi Kuno pula telah merumuskan dasar-dasar dan hukum ketatanegaraan.
Kebudayaan Barat bukanlah berasaskan agama tetapi ada-lah berasaskan dasar falsafah.
Meskipun ajaran Kristian berusaha menitik-beratkan masalah keyakinan kepada tuhan, akhirat dan akidah asasi, namun cinta melulu mereka kepada kekuasaan dan kemegahan memaksa ajaran itu melayani hasrat perkembangannya di Eropah. Sejak zaman Konstantin sehingga ke zaman terbitnya Islam,ketua-ketua gereja Kristian sentiasa meniru-niru cara hidup serta adat-istiadat keagungan raja-raja dan sistem feudalnya.

Hakikat menujukan bahawa Kristian terlarut dalam kebudayaan Barat apabila ajaran yang berasal daripada Asia Barat ini memasuki Eropah. Ini adalah kerana asasnya tidak kukuh, ditukar ganti, ditiru dan penuh dogma. Kesangsian pada ajaran ini menyebabkan jati dirinya begitu rapuh dan mudah terlarut dengan kebudayaan Barat yang akhirnya budaya Baratlah yang telah mempengaruhi dan mengubah sifat dan susuk ajaran ini.

Tamadun Barat Menentang Gereja

Keadaan sangat berbeza dengan Islam apabila masuk ke benua Eropah. Islam hadir dengan disiplin ilmu yang tinggi. Kefahaman akidah yang tidak tersangsi. Akhirnya Islam telah mencerahkan dunia Eropah dengan dunia ilmu dan penemuan sains teknologi. Islam di Andalusia (sekarang Sepanyol) begitu kukuh dan menjadi sumber ilmu bagi dunia yang akhirnya melahirkan dunia moden seperti hari ini.

Islam masuk ke Eropah dengan jati diri yang kukuh. Islam tidak terlarut dengan tamadun Barat ketika itu. Malah Islam menjadi kuasa agung dunia berasaskan ilmu. Ini berbeza dengan ajaran Kristian.

Oleh kerana ajaran-ajaran akidahnya agama Kristian itu sendiri lemah dan kabur serta penuh dengan kesangsian, maka unsur-unsur keyakinan dan akidah mengenai hal-hal rohaniyyah agama menjadi semakin lemah merosot. Apatah lagi apabila ilmu pengetahuan sains dan Iain-lain unsur akliah yang dibawa masuk oleh Islam mula meraja lelai jiwa dan fikiran Barat. Akhirnya budaya Barat sendiri menggunakan hujah-hujah ilmu pengetahuan bagi menafikan ajaran-ajaran karut Kristian.

Barat akhirnya melalui pengalaman yang memeritkan dengan ajaran Kristian. Gereja mula menguasai dan mengawal segala aspek kehidupan masyarakat barat. Ketika itulah Eropah melalui zaman gelap. Contoh mudah yang diketahui manusia seluruh dunia ialah bagaimana seseorang dihukum bunuh oleh gereja Katholik hanya kerana berjaya membuktikan kebenaran. Galileo Galilei (1564-1642). Orang yang pertama mencipta teleskop dan berjaya membuktikan teori bahawa bumi mengelilingi matahari. Institusi gereja telah menghukumkan beliau mati kerana bukti saintifik ini adalah berbeza dengan pegangan Gereja ketika itu.

Penguasa Gereja Katolik pada saat itu tidak suka dengan pandangan kosmologi heliocentric (berpusat pada matahari) yang diperkenalkan Copernicus. Gereja lebih percaya pada pandangan yang diwariskan oleh ahli falsafah besar Yunani iaitu Aristotels yang melihat bumi sebagai pusat semesta (geocentric).

Cengkaman gereja yang mendokong tekanan terhadap dogma ajaran mereka mencetuskan protes dalam ajaran Kristian. Menjelang abad ke-16, gerakan reformasi ajaran Kristian di pelopori oleh Martin Luther dan Huldrych Zwingli. Akhirnya sekularisasi pun terjadi. Dalam sejarah Kristian Eropah, kata secular dan liberal dimaknai sebagai pembebasan masyarakat dari cengkaman kekuasaan gereja yang sangat kuat dan hegemoni pada zaman pertengahan. Proses berikutnya bukan sahaja dalam bidang sosial-politik, tetapi juga menyangkut metodologi pemahaman keagamaan liberal dalam dunia Kristian. Ini semua menunjukkan pengalaman buruk Tamadun Barat dengan Kristian.

Islam juga pernah melalui ancaman-ancaman bahaya yang datang dari aliran liberalism, sekularisme, atheism dan sebagainya. Tetapi kebenaran Islam adalah nyata, sekalipun diserang bertali-arus selama ratusan tahun, Islam tidak pernah tunduk dengan aliran-aliran yang menyesatkan itu.

Ajaran Kristian Kini

Ajaran Kristian masa kini bukanlah lagi hasil daripada wahyu Allah. Oleh yang demikian tidak wajar juga kita meletakkan kelas ajaran Kristian adalah agama samawi. Ajaran mereka semuanya telah diubahsuai mengikut hawa nafsu mereka. Oleh yang demikian musuh sebenar umat Islam bukanlah Kristian itu sendiri. Kerana di belakang tabir Kristianisasi itu adalah tangan-tangan mereka yang mahu manusia meninggalkan agama.

Hujah-hujah di atas adalah hujah yang akan dibenarkan oleh penganut Kristian sendiri. Sebagai contoh asas konsep Trinity atau Tritunggal itu sendiri. Konsep ini hanya disahkan sebagai akidah rasmi selepas tiga abad kelahiran Nabi Isa A.S di dalam persidangan Nicea (325CE). Apatah lagi jika mahu membincangkan tentang Santa Claus dan Pokok Krismas. Tidak ada satupun yang berasal daripada ajaran Kristian.

Cabaran kita masa kini adalah budaya Barat yang melampau, meskipun Kristian adalah agama yang dianuti barat. Tetapi sebenarnya Kristian itu sendiri sudah tercerna di dalamnya unsur-unsur budaya Barat yang kukuh. Simbiosis seperti ini telah mengkaburkan kita antara ancaman budaya Barat dan Kristinisasi. Mengapa budaya Barat adalah ancaman yang lebih besar? Tidak lain tidak bukan ialah kerana kesannya adalah lebih menyeluruh, bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga penganut Kristian bakal menerima nasib yang sangat malang.

Budaya Barat Curiga Dengan Agama

Barat sentiasa berasa curiga dengan agama sehingga ada ahli falsafah mereka telah mengisytiharkan, "Tuhan Telah Mati". Pengistiharan Friedrick Nietsche menambahkan kekeliruan dan membuktikan kekalutan serta kepincangan sistem akidah budaya Barat. Oleh yang demikian, terdengar suara-suara sumbang yang diperkatakan ke dalam dunia Islam. Seandainya Muslim mahu maju seperti kami, perhatikan dan awasi agamamu.

Namun malangnya ada juga umat Islam yang terpesona dengan kata-kata itu. Malah yakin dengan dunia pasca moden yang lebih bebas dan liberal. Sedang umat Islam tidak sedar bahawa mereka mula ditenggelami dengan budaya Barat. Bukanlah bebas sebenarnya melainkan terikut dan terperangkap dalam budaya Barat yang dimetaforakan sebagai lambang kemajuan. Akhirnya agenda memisahkan agama daripada kehidupan menjadi semakin berjaya.

Pengalaman beragama yang dilalui budaya Barat bukanlah sama buruknya dengan pengalaman umat Islam. Sejarah membuktikan dengan Islam menjulang tinggi keunggulan budaya Ilmu yang tidak dinikmati budaya Barat satu masa dahulu di bawah cengkaman gereja. Islam hadir membebaskan manusia dalam erti hamba yang bertuhankan Allah Yang Maha Esa. Islam mengangkat tinggi keupayaan akal manusia di dalam membuktikan kebenaran. Malahan Islam menolak dan menjelaskan dogma dan kekaburan. Sehebat manapun Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Khawarizmi dan sebagainya, mereka sama sekali tidak pernah lupa untuk menulis kalimah pujian kepada Allah Taala di dalam setiap muqaddimah buku-buku kajian mereka.

Sebab itulah masalah budaya Barat dahulu adalah tidak relevan dengan Islam. Sebagai contoh, reformasi beragama; Isu ini tidak relevan. Reformasi beragama akhirnya menatijahkan Islam yang Liberal dan Pluralisma Beragama. Inilah yang dilakukan oleh puak reformis ajaran Kristian dahulu. Ini kerana teks Asli rujukan umat Islam tidak pernah berubah sejah 1400 tahun dahulu. Malah Al-Quran sebagai mukjizat Agung Rasullah S.A.W di jamin keasliannya oleh Allah Taala sehingga hari kiamat.

" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Al Hijr:9)

Bukti Mukjizat Al Quran ialah kandungannya yang sentiasa relevan dengan suasana semasa. Oleh yang demikian Al Quran langsung tidak terjejas dengan usaha sesetengah pihak yang mahu Al Quran ditafsir semula melalui secara Hermenutika.

Ilmu Memperkukuhkan Akidah

Umat Islam wajar memperkukuhkan kembali ilmu mengenai Islam. Yang paling penting ialah umat Islam perlu kenal dan faham pandangan hidup Islam. Pada masa yang sama kita wajar mengenali dengan sebenarnya musuh-musuh dan saingan kita. Apabila kita bersikap benar (mengawasi) terhadap musuh kita, dengan Izin Allah keimanan kita akan meningkat dan akan melihat bahawa tidak benarnya agama-agama lain, dan betapa longgarnya asas-asas agama yang lain. Bukan kesalahan moral untuk kita menidakkan kebenaran agama lain yang sebenarnya memiliki kerapuhan yang sangat ketara.

Kita wajar menghormati anutan agama lain. Namun bukanlah sehingga kita menggadai maruah dan meletakkan muka kita di bawah tapak kaki penganut agama lain. Kita wajar hormat. Hormat bukan bererti kita melonggarkan segala ikatan agama Islam. Jika kita memimpin, usah menimbulkan kekeliruan umat Islam. Kita harus insaf bahawa musuh Islam sentiasa mencari jalan bagaimana mahu memisahkan umat Islam daripada agama Islam. Berjaya memurtadkan umat Islam adalah satu bonus bagi mereka. Membuatkan umat Islam keliru sehingga menganut fahaman Liberal dan Plural sudah mencukupi untuk mereka.

Tetapi sasaran mereka sebenarnya ialah sekurang-kurangnya umat Islam itu Islam pada namanya, tetapi fasiq pada aspek pemikirannya dan nifaq pada amalannya. Dari kefahaman ini baharulah nanti kita sedar, siapakah musuh paling utama perlu kita tangani, bukannya bersikap semberono dan membuta tuli.

AKADEMI TARBIYAH DPPM

Ahad, 18 Disember 2011

Sejarah lambang bulan bintang dalam Islam

Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah.


Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia.


Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.


Rasulullah bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..”

Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana.

Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam.



Sehinggalah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropah itu.

Semasa pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad Al-Fatih berjaya menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu:


- hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur,
- hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan
- di tengahnya adalah Benua Eropah.


Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.


Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah Islamiyah.

Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat.


Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke.

Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang.

Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang rasmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid.SLL

Jumaat, 16 Disember 2011

Surat Nabi Muhammad SAW Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai. 

Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.




Di bawah adalah terjemahan dokumen tersebut di dalam bahasa Inggeris :-

“This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them.

Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by Allah! I hold out against anything that displeases them.

No compulsion is to be on them.

Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries.

No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims’ houses.

Should anyone take any of these, he would spoil God’s covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight.

The Muslims are to fight for them.

If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray.

Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants.

No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world).”


Maksudnya :-

"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."

Topkapi Palace yang menyimpan salinan asal perjanjian




Pada tahun 1517, piagam asli ini diambil oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada diMuzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.

Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian.