Sabtu, 25 Jun 2011

Ajaibnya Mati Syahid!

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

“Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.” (QS Ali Imran : 169).

1.      Allahlah Yang Maha Tahu bagaimana para syuhada’ itu tetap hidup di sisiNya.
2.      Allah Yang Maha Menyaksikan bagaimana para syuhada’ itu memperolehi kenikmatan hakiki dariNya.
3.      Allah pula Yang Maha Berkehendak bila para syuhada’ itu diberi kesempatan untuk melihat keadaan orang-orang yang masih menunggu-nunggu, apakah benar mereka istiqamah menunggu syahid ataukah mereka menunggu-nunggu kerana mencari-cari alasan untuk meringan-ringan urusan jihad.

Ada hidup yang lebih dari sekadar hidup secara jasad.

Ada hidup yang tidak berakhir hanya kerana kematian dan hanya para syuhada’ yang mendapatkan keistimewaan ini.

Ruh jihad mereka terus hidup hingga ruh terakhir manusia di muka bumi dicabut dari jasad.

Ruh jihad mereka terus menyala di sanubari para penunggu syahid untuk menjadi saksi atas janjiNya.

Inilah kehidupan yang zaman pun mengakui maknanya.

Inilah kehidupan yang tidak difahami oleh musuh. Mereka mengira dengan memadamkan nafas seorang pejuang, maka ruh jihadnya akan terhenti.


Sungguh mengkagumkan bahwa ruh jihad itu menular lebih cepat dari satu tarikan nafas itu sendiri.

Mereka mengira bahwa ikatan persaudaraan kaum muslimin itu hanya dijalin dari satu tanah sebuah negara ke tanah sebuah negara yang lain hingga mereka berfikir bahwa ikatan persaudaraan itu akan putus bila tanah sebuah negara itu telah mereka hancurkan.

Sungguh dangkal pemahaman mereka.

Ikatan persaudaraan kaum muslimin itu sebenarnya dijalin dengan tali langit, ketika hati hanya tertuju kepadaNya.

Bila mereka hendak memutuskan ikatan ini, satu-satunya jalan yang tersedia adalah memutuskan kesatuan langit, dan cubalah mereka lakukan itu jika mereka mampu.

MUS’AB BIN UMAIR

Masih ingatkah kita dengan akhir hidup seorang pemuda yang tampan wajahnya mirip dengan wajah Rasulullah saw?
Di Makkah, dialah pemuda yang diminati. Bila ia berjalan, setiap mata pun tertuju kepada si penarik perhatian ini.

Tetapi bagaimana keadaan pemuda ini setelah dia menzahirkan ketauhidan?
Tertunduk wajah para Sahabat melihatnya. Amat berbeza antara sebelum dan sesudahnya. Dia lah Duta Islam yang pertama. Hijrah menjadi begitu bermakna melalui peranan pentingnya.

Justeru bagaimanakah akhir hayatnya ?

Pemegang Panji Islam dalam Perang Badar dan Uhud ini menunjukkan bagaimana mukmin yang amanah itu sebenarnya.
Siapakah pemuda ini?

Beliaulah Mus’ab bin Umair.

Kematian sudah menghampirinya ketika tusukan pedang musuh meminta ia melepaskan panjinya. Sambil tetap memegang panjinya, lidahnya tidak berhenti mengulang-ulang bahwa Muhammad adalah Utusan Allah dan telah berlalu sebelumnya utusan-utusan Allah.

Ketika syahid, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jasadnya. Bila bahagian kepala yang ditutup maka bahagian kaki terbuka, bila bahagian kaki yang ditutup maka bahagian kepala pula yang terbuka.

Ketika melihat jasad Mus’ab, tidak ada kalimat yang keluar dari Rasulullah saw selain :

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah” (QS Al Ahzab : 23)

ZAID HARITHAH, JA’FAR ABU TALIB DAN ABDULLAH RAWAHAH

Siapakah yang tidak bergetar hatinya membaca kisah gugurnya tiga pemuda panglima Islam sekaligus, Zaid bin Harithah, Ja’far bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah, hanya untuk menjaga agar panji Islam tidak jatuh hingga Rasulullah saw pun terdiam ketika mendapat khabar dari langit mengenai syahidnya orang-orang yang terdekat dan dicintainya itu ?

Menangkah musuh kerana syahidnya mereka ?
Amat jauh perbezaannya apa yang disangka dan apa yang nyata.

Justeru keangkuhan Romawi menjadi padam kerana ruh jihad mereka. Perginya mereka justeru ‘melahirkan’ seorang Khalid, sang panglima yang dikurniakan Allah untuk tidak pernah merasakan kekalahan dalam setiap peperangan yang dipimpinnya.

Terhentikah hidup mereka?
Ruh jihadnya semakin menyala di hati para pejuang penegak kalimatNya hingga akhir zaman.

ABDULLAH AZZAM

Siapakah yang melumpuhkan kekuatan Soviet Union yang menakutkan bagi mereka yang takut selain kepada Allah ?
Afghanistan pun menjadi seperti neraka bagi tentera beruang merah itu. Afghanistan menjadi bahan bukti betapa golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak iaitu hanya dua syarat :

1.      Ketauhidan yang disertai dengan kesabaran.
2.      Persaudaraan orang-orang beriman seumpama satu tubuh. Bila bahagian yang satu disakiti, bagaimana mungkin bahagian yang lain tidak merasakan sakit.

Syaikh Abdullah Azzam yang bergabung dalam Mujahidin Afghanistan seolah-olah mengulangi apa yang pernah terjadi dahulu ketika seorang Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah pun terjun ke medan jihad menyelamatkan Syam yang diserang oleh pasukan Tartar.

Lalu bagaimanakah keadaan Afghanistan ketika ini ?
Apakah yang diperolehi oleh musuh di sana ?
Syurgakah atau Nerakakah ?

AHMAD YAASIN

Apakah bentuk ketakutan yang wujud di benak musuh ketika mereka merancang untuk memadamkan nafas seorang Ahmad Yaasin sehingga mereka perlu menunggu waktu solat subuh berjamaah di mana cara yang digunakan itu hanya menunjukkan siapakah yang pengecut dan siapakah yang takut.

Roket tanpa kendalian manusia dari sebuah helikopter tempur yang istimewa pula perlu ditembak hanya untuk menghentikan ruh seorang Ahmad Yaasin.

Jadi, siapakah Ahmad Yassin?

Seorang tua dan boleh dikira sebagai seorang buta yang lidahnya tidak digunakan kecuali untuk berzikir.
Ia benar-benar mendefinasikan siapakah ulama’ itu sebenarnya ketika tidak ada ketakutan dalam hatinya kecuali hanya kepada Allah.

Medan jihad membebaskan tanah yang dirampas adalah rumah baginya yang hanya mampu duduk di kerusi roda ketika sisa bahagian tubuh yang mampu digerakkan hanya tinggal sedikit iaitu di bahagian kepalanya yang gerakannya tidak lebih dari sebuah isyarat.

Berhasilkah musuh menghentikan ruh jihadnya ?
Cukuplah Gaza menjadi jawabannya.

Logik apakah lagi yang mampu menjelaskan golongan yang sedikit mampu memukul golongan yang banyak?

Masihkah kita ingat akan Solat Jumaat pertama di Gaza setelah pencerobohan kaum yang pengecut itu?

Pesawat tempur musuh berlegar-legar di atas para jamaah yang menyelesaikan solat mereka. Udara bergetar menderu-menderu dek kerana dekatnya sang burung besi pemangsa dengan mereka yang hendak dijadikan mangsa.

Lalu apakah yang terjadi dengan para jamaah solat?

Sedikit pun mereka tidak berganjak dari tempat solat mereka.

Hati mereka khusyuk mengingati Allah, Penggenggam setiap nyawa. Mereka tidak menggembar-gembor untuk menakuti musuh dengan ancaman kosong melainkan dengan lidah yang hanya dipakai untuk berzikir untuk mengukuhkan ketakutan hanya kepadaNya.

Berhasilkah musuh menakuti mereka?

Yakinlah, getaran udara yang menderu-deru mengibas rambut para jamaah tersebut tidak mampu mengatasi getaran ketakutan yang merayap ke dalam hati, jantung dan seluruh tubuh pemandu pesawat tempur itu.
Oleh yang demikian, siapakah yang takut dan siapakah yang menakutkan?

RENUNGAN UNTUK DIRI KITA

a. Sungguh aneh mereka yang menyatakan ingin syahid tetapi kehidupan hariannya menunjukkan apa sebenarnya yang dicari. Cukuplah sebagai pembeza ketika orang-orang yang keadaannya lain di mulut lain di hati lebih senang bersantai daripada memenuhi janjinya. Tempat duduk mereka terlalu nyaman dibandingkan dengan perjuangan menegakkan kalimat tauhid yang kesannya adalah terhadap harta dan jiwa mereka.

b. Sungguh aneh mereka yang menyatakan ingin syahid tetapi banyaknya ketawa mereka yang hanya menjauhkan diri mereka dari apa yang dicita-citakannya.

c. Sungguh aneh mereka yang merindukan syahid tetapi tidak mempersiapkan apapun untuk kedatangan tetamu istimewa mulia itu.

d. Bagaimana mungkin tetamu istimewa berkenaan datang apabila yang dipersiapkan berbeza dari apa yang sepatutnya disediakan untuk sang tetamu tersebut. Tetamu yang ini datang membawa khabar kematian yang mulia dan membawa kehidupan sebenarnya, sedangkan apa yang dipersiapkan jelas untuk tetamu yang membawa khabar betapa indah dan nikmatnya dunia.

e. Sungguh aneh mereka yang menunggu jihad hanya bila sudah bertemu musuh di medan juang.

KESAN TERHADAP UMAT ISLAM

Tidak sedarkah mereka bahwa sekarang adalah masanya :

1. Musuh yang tidak terlihat oleh mata zahir telah merosakkan barisan mereka.
2. Akidah mereka telah disamarkan.
3. Kitab mereka telah digantikan dengan kitab-kitab lain yang mereka baca dan kaji.
4. Waktu mereka dialihkan dengan yang sia-sia dan yang telah membuatkan mereka lupa.
5. Ketakutan mereka kepada Allah telah diimbangi dengan ketakutan kepada manusia.

Adakah mereka yang merasa mampu untuk menegakkan Kalimat Allah senang dengan hanya duduk-duduk sahaja?

Adakah mereka akan meneruskan perjalanan yang dipenuhi dengan :

1.      Canda tawa?
2.      Kesenangan?
3.      Tidur yang nyenyak?
4.      Mensia-siakan waktu?
5.      Harta melimpah ruah?
6.      Pujian dari pencinta dunia?

Hanya mereka yang mengambil pelajaran dari seerah Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman mampu meneruskan perjalanan yang dipenuhi dengan berbagai ujian dan cobaan yang tidak jauh berbeza dari apa yang dialami oleh para pendahulu mereka.

Ketika perjuangan mereka dipenjara dan ditawan oleh orang-orang yang lupa, cukuplah kalimat dari sebenar-benar ulama’ yang dijemput oleh malaikat maut dalam penjara penguasa semata-mata untuk menegakkan jihad utama yang menjadi jawaban mereka.

“Manusia yang dipenjara adalah mereka yang terpenjara dari Rabbnya dan manusia yang tertawan adalah mereka yang ditawan oleh hawa nafsunya” (Ibnu Taimiyyah)

Ya Allah, mudahkanlah kami untuk menyusuri jalan para syuhada’ yang telah menunaikan janji mereka kepadaMu kerana sesungguhnya mereka hakikatnya hidup di sisiMu dengan memperolehi rezeki yang tidak terbatas.

Ameen Ya Rabbal Alameen.....

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”

Jumaat, 24 Jun 2011

Pasti… Konspirasi Mereka Akan Gagal dan Hancur.

Risalah dari Dr. Muhammad Badee’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin,
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah (saw) dan orang-orang yang mengikutinya, selanjutnya .. Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka…. Allah telah mengutus Rasul saw dengan membawa risalah Islam untuk menyebarkan petunjuk dan cahaya di tengah umat manusia. Kehadiran dakwah Rasul membuatkan para pemimpin kota Mekah merasa tergugat. Mereka menafikan Rasul saw adalah pembawa dakwah yang benar sungguhpun bukti yang dibawa sangat jelas. Namun mereka tetap sombong dan keras kepala bahkan mereka menyatukan kekuatan untuk melakukan konspirasi dan tipu daya terhadap Rasul (saw) dan para sahabatnya, mereka melakukan penyiksaan, pemulauan dan melakukan penghinaan. Akan tetapi mereka tidak berjaya menghalang nabi dan sahabatnya dari menyampaikan dakwah kebenaran. Malahan semakin bertambah kuat keimanan dan keyakinan mereka. Allah berfirman:
وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah Sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Al-Anfal:30)
Inilah jalan kami terbentang di hadapannya berbagai rintangan dan dugaan bagi mewujudkan kesejahteraan dan kemenangan kepada Islam. Oleh itu apakah berbagai rintangan, kesulitan dan dugaan akan menjadikan kami lemah dalam melipatgandakan usaha secara berterusan untuk menyebarkan cahaya dan kebaikan, tidak hanya di negeri kita, tetapi di seluruh dunia?!
Lantaran itu amal dakwah yang terus berkesinambungan ini merupakan bukti dan hakikat cinta kami kepada Allah dan mengikuti teladan kami Nabi saw sebagaimana Allah berfirman:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Ali Imran:31)

Di manakah pendirian kita?!
Padahal pada saat umat Islam seperti demikian maka Allah akan menjadi pelindung mereka. Betapa banyak tipu daya yang digagalkan oleh Allah, lalu dikembalikan tipu daya pada diri mereka dan Allah telah mengatur rencana dengan sesuatu yang tidak mampu mereka cerai beraikan darinya;
إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الأشْهَادُ
“Sesungguhnya Kami menolong Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat)”. (Al-Mu’min:51)

Apakah kita menyedari fakta ini?
Allah berfirman:
وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan Allah Sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Ali Imran: 54);
Maksudnya hanya Allah yang paling kuat dalam membuat rencana secara tersembunyi untuk membalas tipu daya mereka dengan kehinaan sungguhpun terdapat berbagai sebab dan hujah logik yang mampu menjadikan rancangan mereka mencapai kejayaan..
Allah berfirman:
وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِنْدَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ
“Dan Sesungguhnya mereka telah membuat makar yang besar Padahal di sisi Allah-lah (balasan) makar mereka itu. dan Sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya”. (Ibrahim:46)
Demikianlah makna yang ingin ditanamkan oleh para sahabat terhadap generasi umat kita .. Ibnu Abbas berkata: ” Tidak mungkin rencana jahat mereka itu mampu melenyapkan gunung-ganang kerananya”. Hasan Al-Basri berkata: “Demikianlah yang mereka lakukan untuk diri mereka sendiri yang sedikit pun tidak memberikan mudarat pada pergunungan dan lain-lainnya, namun semua itu kembali dan terjadi atas mereka sendiri”.
Dan hukum Allah tidaklah berubah, sebagaimana sunnah rabbaniyah terus berlalu.
Dalam firman Allah disebutkan:
لا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلا بِأَهْلِهِ
“Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri”. (Fathir:43)

Renungkanlah kenyataan dalam laporan dari Washington pada tarikh 30/3/2008: “Satu penyelidikan telah dilakukan ke atas tentera marin AS yang pernah berkhidmat dalam perang di Iraq yang jumlahnya mencapai (700,000). Sampelnya adalah (2500) pasukan tempur. Hasilnya adalah 40% dari mereka menderita penyakit mental dan saraf, di antara mereka ada yang mengidap penyakit mental dan histeria, bahkan ada yang berusaha melakukan bunuh diri, dan lari dari tugas..”
” فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا
“Maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka”. (Al-Hasyr:2)
Dan rencana yang jahat itu kembali kepada diri mereka sendiri. Konspirasi Zionis dan bisunya dunia Di antara tipu daya yang nampak dengan mata kasar hari ini adalah konspirasi yang dibiayai dengan modal yang besar yang dilaksanakan melalui organisasi dan kumpulan-kumpulan Yahudi sejak tahun 1967 hingga sekarang, yang bertujuan untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa bagi menamatkan punca masalah dan hakikatnya. Hal itu dilakukan dengan menggali terowong-terowong secara berperingkat-peringkat namun berakhir dengan kegagalan. Usaha jahat tersebut masih terus berlangsung.
Semuanya pasti akan menemui kegagalan, insya Allah selama ada di sana kelompok orang-orang yang berjuang dengan gigih dan berpegang teguh kepada agama-Nya dan selama di sana terdapat lelaki dan wanita yang beriman, rela berkorban, berjuang dan bersedia membela Allah dan Rasul-Nya dan sedia membela dan mempertahankan tempat-tempat suci di segenap penjuru dunia.
Konspirasi di mulai pada awal pendudukan mereka pada bahagian kedua kota Al-Quds di penghujung tahun 1967. Mereka berjaya menghancurkan penempatan El-Mugharabah secara keseluruhan. Lalu penggalian terowong dimulai pada tahun 1968 dan menghentikannya pada tahun 1969. Pada tahun yang sama mereka berjaya membakar Masjid Al-Aqsa. Akhir sekali Netanyahu menyatakan – di ruangan yang sama pada saat Ben-Gurion mendeklarasikan negara zionis- yang memasukkan masjid Ibrahimi sebagai peninggalan mereka di bawah kekuasaanzionis: “Resolusi ini merupakan pencapaian terpenting dan bersejarah”, dan beliau meluluskan peruntukan sebesar $ 100 juta dengan tujuan mengikat generasi berikutnya agar tetap berada di negara rampasan tersebut! Semasa kunjungan Setiausaha Negara AS ke negara-negara Arab untuk mencari sokongan kecaman terhadap Iran, kebanyakan pemimpin Islam sepi terhadap nasib yang menimpa masjid Al-Aqsa. Sementara regim Zionis membunuh Mahmoud Mabhouh di dalam negara Arab, di hadapan mata dan telinga dan di hadapan kebisuan yang memalukan di mata dunia. Mereka menekan berbagai usaha Palestin untuk mempertahankan hak mereka di bumi sendiri di atas kekejaman yang berterusan dan pada masa yang sama regim pembunuh terus membuat kepungan terhadap rakyat yang berada di Gaza.
Di manakah suara Arab membela hak-hak bangsanya sendiri padahal yang wajib adalah menyuarakan pandangan dalam forum dan dialog antarabangsa seperti Amerika menyuarakan pandangan semasa forum dalam menjalin hubungan dengan Timur Tengah atau pandangan dalam forum tentang tentang masa Islam di segi politik atau apakah kita memang rela berada sebagai sebahagian dari penonton?! Tugas kita menuju cita-cita masa depan Jelas sunnatullah telah merakamkan perjalanan masa lalu berlaku pertembungan antara tipu daya orang melakukan tipu daya dan perjuangan orang-orang beriman yang berhadapan dengan tipu daya mereka.
Ketika orang-orang beriman memenuhi janji mereka dihadapan Allah:
وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ
“Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, niscaya aku penuhi janji-Ku kepadamu”. (Al-Baqarah: 40) ..
dan syaratnya adalah menolong agama Allah nescaya Allah akan memberikan kemenangan;

إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ
“Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu”. (Muhammad:7) ..
dan Allah menyokong kalian dengan pertolongan-Nya:
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المشركون
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai”. (At-Taubah:33)
Lantaran itu yang pertama memerlukan kita memiliki kepercayaan diri;

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينْ
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, Padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Ali Imran:139)
..dan teguh (thabat) dengan keIslaman kita dan istiqamah mengikuti jalan yang lurus yang kita beriman dengannya dan berusaha untuk merealisasikannya:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu”. (Hud:112)
..kemudian melalui kerja yang berterusan dan ikhlas karena Allah semata-mata, sekalipun menuntut pengorbanan dan sekalipun dugaan serta ujian terus menghalang kita;
وَجَاهِدُوا فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِه
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan Jihad yang sebenar-benarnya”. (Al-Hajj:78)

Oleh kerana itu, tugas utama kita adalah menghapuskan perasaan takut terhadap orang-orang yang melakukan tipu daya atau rencana jahat untuk melawan kita setelah jelas di mata dunia tentang kerja jahat mereka terus menerus melakukan kerusakan serta serangan mereka yang tiada henti terhadap kebaikan dan orang-orang yang melakukan kebaikan, setelah mereka merasa putus asa melawan agama ini sejak 15 abad yang lalu.
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ
“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku”. (Al-Maidah:3)
Oleh itu jelas tiada jalan lain memenuhi janji Allah SWT dan Rasul saw di hadapan umat ini kecuali mengikuti manhaj Islam dalam rangka melawan agenda jahat Amerika dan Zionis yang bertujuan supaya kita tunduk sesuai dengan kehendak mereka, menguatkan cengkaman mereka, merampas kekayaan kita, merusak anak-anak kita, menghancurkan rumah-rumah kita malah mereka mengeluarkan belanja yang tidak terhitung besarnya dari segi hartabenda bagi tujuan tersebut.
Namun Allah menyampaikan berita gembira kepada kita bahawa semua tipu daya mereka akan gagal dan hancur sedangkan janji Allah adalah benar:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ يُحْشَرُون
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan”. (Anfal: 36)?

Kita telah menyaksikan buah dari dakwah yang berkah ini – meskipun rencana jahat para pelaku tipu daya dan kepungan para penindas – munculnya kesedaran yang mendalam dan semangat yang menyala di hati umat Islam, khususnya di kalangan pemuda untuk menghidupkan kembali umat ini, meninggalkan semua keseronokan duniawi, membebaskan diri dari kekangan dan belenggunya untuk merealisasikan perintah Allah:
أُدْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينْ
“Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Al-Maidah:23)
Justeru, tingginya harapan yang dibangun oleh umat bergantung pada umatnya yang memiliki keinginan dan sedia untuk berkorban. Kerana dengan itu akan mampu menundukkan tipu daya dan menewaskannya seperti bangsa Turki ketika ini yang berada di belakang pemimpinnya untuk menghadang pelbagai kepungan tipu daya dan konspirasi musuh. Akhirnya .. Allah tidak akan sekali-kali melanggar janjinya Allah berfirman:
وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُوْلَئِكَ هُو يَبُورُ
“Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras dan rencana jahat mereka akan hancur”. (Fathir:10)
Apa jua tipu daya dan rencana jahat yang dilakukan tetap nampak kepalsuan mereka di hadapan orang yang memiliki kesedaran. As-Syahid al-Banna berkata: “Kalian melihat bagaimana kebatilan menguasai kehidupan (Fir’aun), memperdaya dengan kekuatannya, merasa tenang dengan kerakusannya, lalai dari kebenaran (Musa) yang dekat dengannya. Hingga pada saat mereka merasa bangga dan sombong dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya serta merta Allah rampas dengan kekuasaan dan kekuatanNya kerana (Fir’aun) mengabaikan kehendakNya.

Lantaran itu Allah memberikan kemenangan pada orang-orang yang tertindas (Musa dan pengikutnya). Dialah yang mampu merampas kuasa kejahatan dan melemahkannya. Kerana kebatilan pasti akan hancur ke akar umbinya, sedangkan kebenaran akan tertegak bangunannya dan menjadi teguh asasnya. Pemiliknya akan menjadi pemenang yang sebenar. Allah SWT berfirman:
حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَنْ نَشَاءُ وَلا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ
“Sehingga apabila Para Rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahwa mereka telah didustakan, datanglah kepada Para Rasul itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. dan tidak dapat ditolak siksa Kami dari pada orang-orang yang berdosa”. (Yusuf:110)
Ayat di atas datang untuk memberikan ketenangan jiwa buat orang-orang beriman bahawa situasi lemah dan berhadapan dengan golongan batil, permusuhan dan kerusakan tidak akan memberikan kesan kepada keimanan mereka dan melenyapkan kejujuran dan kesetiaan mereka.
Allah SWT berfirman:
وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِنْدَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ . فَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
“Dan Sesungguhnya mereka telah membuat makar yang besar Padahal di sisi Allah-lah (balasan) makar mereka itu. dan Sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap karenanya. Karena itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-raaul-Nya; Sesungguhnya Allah Maha perkasa, lagi mempunyai pembalasan”. (Ibrahim:46-47)
Menurut Imam Al-Banna: “Kami selalu mengharapkan pertolongan dari Allah dan kemenangan-Nya kerana barangsiapa yang diberikan kemenangan pasti tidak akan dapat ditewaskan”.

ذَلِكَ بِأَنَّ اللهَ مَوْلَى الَّذِيْنَ آمَنُوا وَأَنَّ الْكَافِرِيْنَ لاَ مَوْلَى لَهُمْ
“Yang demikian itu karena Sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan karena Sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak mempunyai Pelindung”. (Muhammad: 11)
Justeru, kekuatan dakwah kita dan keperluan umat manusia kepadanya serta kemuliaan tujuan kita dan pertolongan Allah kepada kita merupakan faktor-faktor kejayaan yang tidak akan mampu dihalang oleh apa jua halangan dan tidak ada rintangan yang mampu berdiri di atas jalan menuju kemenangan…
وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ
“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf: 21).
Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.


Artikel Asal: http://www.ikhwanonline.com

Berdakwah Dengan Berhikmah.

Hakikat dakwah itu adalah mengajak orang kembali fitrahnya. Ia adalah kembalinya seseorang kepada hidayah Allah melalui perantaraan seorang pendakwah.
Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Ali, seseorang yang mendapat hidayah Allah melalui usaha engkau adalah lebih baik daripada engkau memperolehi seekor unta merah.” [HR Bukhari dan Muslim]

Menurut ahli tafsir, hikmah bermaksud ‘perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil’. Menurut Sayyid Qutb, dakwah yang bijak (hikmah) adalah yang memperhatikan situasi dan keadaan mad’u (objek dakwah). Al-Quran tidak diturunkan sekaligus, melainkan secara bertahap dalam berbagai situasi dan keadaan. Kemampuan seseorang menerima kebenaran itu berbeza-beza. Maka tugas pendakwah itu adalah untuk menyampaikan kebenaran Islam dengan cara yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat agar boleh diterima dengan penuh kesedaran.

Antara cara dakwah yang berhikmah adalah melalui kelembutan. Kelembutan akan menambah daya pesona individu, menyenangkan perasaan orang di sekeliling dan membuatkan orang mahu mendengar kata-katanya.
“Tidaklah ada kelembutan pada seseuatu, kecuali ia akan membuatnya indah. Dan tidaklah tercabutnya sesuatu, kecuali akan menjelekkannya.” [HR Muslim]
“Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan minta ampun untuk mereka.” [Surah Ali-Imran 3:159]
Kelembutan itu dari Allah dan letaknya adalah di hati. Kelembutan adalah perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam usaha menyayangi, menjaga perasaan, melunakkan dan memperbaiki orang lain.

Yang keduanya, dengan kesabaran. Peribadi Rasulullah yang lemah lembut, penuh kesabaran dan hikmah dalam berdakwah adalah teladan utama untuk kita semua. Kita seharusnya menanamkan akhlak Rasulullah dalam diri kita dan juga mutarabbi kita.

Selain itu, berdakwah secara berhikmah melalui rendah diri. Rendah diri terhadap pendidik, rendah diri terhadap orang yang dididik dan rendah diri terhadap seluruh orang-orang yang beriman – menunjukkan penghormatan kita kepada Rasulullah SAW dan kebenaran Al-Quran.

Prinsip berdakwah secara hikmah idealnya adalah:
1.    Kembalinya manusia ke dalam hidayah Allah adalah lebih baik daripada membiarkannya tetap berada dalam kesesatan.
2.    Mendoakannya agar mendapatkan hidayah Allah adalah lebih baik daripada memohon azab untuknya.
Fasa dakwah dengan hikmah mesti dilakukan – tepat dalam menempatkan sesuatu pada tempatnya, baik dalam perbuatan mahupun ucapan. Tahu bila waktunya bersikap lembut dan bila waktunya bertegas. Ibarat seorang doktor dan pesakit. Adakalanya doktor memberikan ubat pada dos yang rendah. Jika belum berkesan, akan diberikan ubat dengan dos yang lebih tinggi atau menghantarkannya ke bilik pembedahan.
Orang awam atau masyarakat yang menjunjung tinggi kesopanan – tidak perlu bersikap keras, perlu berlemah-lembut. Sikap tegas diperlukan untuk menasihati seseorang yang pada dasarnya memiliki ketetapan dan keikhlasan beragama agar tidak terjerumus lebih dalam lagi dalam kesalahan.

Hendaklah setiap hari kita terus menilai diri, memantapkan akhlak dan menguatkan diri sebagai seorang pendakwah.
Allah SWT berfirman, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [Surah An-Nahl 16:125]


Editted from ‘Motivasi Dakwah’ by Wan Ahmad Senadi.

Isnin, 13 Jun 2011

Berjuang kerana Allah dan Rasul

Kekuatan iman dan roh yang ada pada setiap para sahabat sehingga 2 kerajaan besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi tunduk di bawah kekuasaan ISLAM.

Kemenangan menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno adalah sesuatu yang pasti jika PAS memenuhi syarat kemenangan itu untuk melayakkan diri diberi pertolongan dari Allah S.W.T. Apabila kekuatan roh berbekalkan iman dan keikhlasan serta  persediaan yang terbaik mengikut kemampuan, bersama taktik dan strategi yang bijak, pertolongan dari Allah S.W.T itu pasti akan berlaku tanpa halangan.


Pentingnya setiap pejuang gerakan ISLAM khususnya yang berada di dalam PAS melalui proses didikan itu atau proses tarbiyyah itu sepertimana proses yang sama dilalui oleh para sahabat Nabi S.A.W kerana jika tidak, PAS akan melahirkan barisan pimpinan yang lemah untuk memimpin gerakan itu. Dan jika pimpinan itu dipilih dari perwakilan yang juga tidak melalui proses tarbiyyah itu, saya khuatir, PAS tidak akan dapat melayakkan diri untuk menerima pertolongan dari Allah S.W.T sepertimana pertolongan yang telah diberikan kepada para sahabat Nabi suatu ketika dahulu.Pilihlah mereka yang teguh dari aspek akidah dan akhlak, dan juga mereka yang mampu menyatukan semua pihak untuk berjuang ke arah satu matlamat, tidak kira dari kalangan ahli PAS malah dari kalangan parti komponen Pakatan Rakyat itu sendiri khususnya PKR dan DAP.
Bagaimana pentingnya kepimpinan ulama’ untuk membarisi kepimpinan PAS, begitu juga pentingnya golongan professional untuk juga bersama-sama dalam barisan pimpinan .

Pesanan dari Ayahanda Almarhum Ustaz Hj.Fadzil Noor dari kertas kerja beliau, “Konsep Kepimpinan Dalam Parti Islam Semalaysia”, “Bagi kita ulama’ bukanlah dilihat dari segi pakaian lahirnya tetapi yang kita maksudkan ulama’ ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya dari sumber-sumber Islam yang diijmakkan iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias. Mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan yang mendapat pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka tetapi mereka juga mungkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan melalui pengajian agama tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilmu keIslaman seperti yang berlaku di dalam sebahagian dari kepimpinan Islam di dunia sekarang ini. Lantaran itu bukanlah suatu yang mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan sebagai pemimpin.”.

Apabila Panglima Khalid Al-Walid dilucutkan jawatan oleh Khalifah Umar Al-Khattab, beliau masih bersama-sama gagah dalam barisan serangan menyerang musuh ISLAM tanpa ada rasa kekecewaan sedikitpun di wajahnya sehingga perlakuan yang dianggap pelik oleh sebahagian ketika itu dijawab dengan penuh yakin oleh beliau “Kerana Allah Dan Rasulnya Aku Berjuang”.
Dan jika kerana itu juga, sebab utama kenapa kita bersama di dalam PAS, pastinya kasih sayang dan ukhuwwah antara kita akan terus dipelihara.....Insyallah....Allahuakhbar!!!